Lulu suka beli novel secara online, sebab suka dengan perasaan teruja bila terima novel tu dari pos laju. Biasa beli dengan karyaseni, dan ini adalah kali pertama beli dengan lain syarikat pula, iaitu kaki novel. Dan bila belek-belek novel kat situ, dapatlah tengok banyak novel-novel baik, walaupun ada yang keluar sejak dari tahun lalu. Terutama novel yang satu ini.. hasil karya penulis yang sangat hebat, dan alhamdulillah, lulu dah miliki 2 daripada 3 novelnya (mungkinkah akan ada yang keempat?)
Novel Biarlah ia berlalu ini sangat tebal, dan kerana itu ianya menjadi pilihan lulu untuk bulan ini. (suka novel tebal) Ceritanya menarik, yang mengisahkan Nadia yang menyimpan rasa dendam kerana Tan Sri Khalid, rakan baik arwah ayahnya telah melakukan khianat sehinggakan arwah ayah Nadia bankrup dan Nadia percaya kerana itulah ayahnya sakit jantung dan meninggal dunia. Tidak cukup dengan itu, dia difitnah curang oleh kekasih sendiri, iaitu Johan. Nekad membalas dendam, dia membawa diri keluar negara selama 5 tahun. Dan dalam diam dia membina empayar perniagaan yang sangat maju dengan menggunakan nama dua sahabat baiknya sebagai peneraju.
Niatnya untuk membalas dendam hampir tercapai, namun tanpa disedari, dia mula jatuh cinta dengan pekerjanya sendiri. Seorang lelaki yang istimewa, yang juga turut menyimpan rasa padanya. Adakah Nadia berjaya membalas dendam? Mari baca novel tebal ini, yang padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan..
Tajuk : Biarkan ia berlaluPenulis : Sya IbrahimHalaman : 1140 muka suratHarga : RM37 / RM40
P/S - Recommended by Lulu Caldina
.
1 Penyokong CHELSEA:
Alahai Lulu, akak ni beli Mastika dah seminggu, pun tak habis2 baca..hehe..ni kan pula novel. Bila tahun nak habis tah.
Post a Comment