Wednesday, March 6, 2013

Diusia 106 tahun, lelaki ini akhirnya mendapat diploma


Seorang lelaki berusia 106 tahun yang berhenti sekolah kerana harus membantu ibu dan lima saudaranya akhirnya mendapat diploma. Frank Butler mendapat gelaran pemberian diploma kehormatan dalam upacara khusus di Beverly High School, Amerika Syarikat. Dengan emosi dia mengucapkan terima kasih atas pemberian diploma kehormatan itu. "Saya tidak pernah menyangka akan mendapat ini. Saya benar-benar menghargainya," ujarnya. Diploma yang diperolehnya diletakkan di atas pahanya kerana dia duduk di kerusi roda dan dengan jarinya yang lemah dia memegangnya.

Wajahnya, penuh kegembiraan. Menekankan pentingnya pendidikan, Butler lahir tahun 1906 dan di masa kecil dia bekerja di sebuah perusahaan percetakan kecil setiap pagi serta masuk sekolah petang selepas kerja di Beverly. Ketika mendapat tawaran pekerjaan tetap di perusahaan itu -ketika di kelas lapan- dia meninggalkan sekolah kerana harus membantu ibunya membesarkan lima saudaranya. Butler pernah memasuki tentera dan ikut bertempur di England serta Filipina pada masa Perang Dunia II dan selepas itu dia bekerja di Jabatan Perairan.

Menantunya, Cathy Butler, berkata, Frank selau menyesal berhenti dari sekolah dan menekankan kepada anak cucu dan cicitnya tentang pentingnya pendidikan. "Dia menyesal tidak memiliki diploma namun dia selalu berbangga dengan institusi pendidikan," tutur Cathy. Kelima anaknya juga bersekolah di Beverly dan ketika upacara pemberian diploma, cicitnya juga ikut hadir dan bergambar bersamanya. -BBC






.

1 Penyokong CHELSEA:

Faridzuan on March 6, 2013 at 10:24 PM said...

Pengajarannya, tak kita kita dah tua kerepot sekalipun, pendidikan itu sangatlah penting, kerana 3 perkara yang akan dibawa ke akhirat ialah amal, ilmu dan doa anak yang soleh.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!