BEKAS kapten England, David Beckham dinobatkan sebagai pemain terkaya di dunia setelah menerima bayaran tertinggi dalam kalangan pemain bola sepak dunia. Sebuah majalah bola sepak di Perancis dipetik CNN melaporkan, Beckham yang baru menyertai kelab Paris Saint-Germain (PSG) selama lima bulan berjaya mengatasi bintang terbaik dunia, Lionel Messi dan pemain sayap prolifik Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Sumber itu mendedahkan bahawa Beckham menerima 36 juta Euro (RM145 juta) sepanjang musim 2012/2013 bagi mendahului pemenang pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Messi.
Kekayaan bintang sepak bola dunia ini dihitung dari gaji, aset, kontrak iklan, dan bisnes lain di luar sepak bola. Bagaimanapun, keseluruhan gaji pemain tengah PSG yang dianggarkan 5 peratus jumlah pendapatannya akan didermakan kebajikan anak-anak Paris. Messi yang menduduki tempat kedua dilaporkan menerima AS$45.2 juta (RM141 juta) dari gaji dan bonus, serta tambahan lain dan iklan.
Pemain Madrid, Ronaldo berada di tempat ketiga dengan bayaran AS$39 juta (RM121 juta) dari gaji dan bonus. Sementara itu, jurulatih Madrid Jose Mourinho dinobatkan sebagai jurulatih yang mendapat bayaran tertinggi di dunia ini. Bekas jurulatih Inter Milan dan Chelsea ini menerima $AS18 juta (RM56 juta) sepanjang musim ini. Dua jurulatih Itali, Carlo Ancelotti (PSG) meraih AS$15.5 juta (RM48 juta) di tempat kedua dan Marcello Lippi yang kini membimbing kelab China, Guangzhou Evergrande menerima AS$14 juta. -BBC
.
2 Penyokong CHELSEA:
i love u becjham forever..hehehee...
fuh!!!!..
sampai skrang masih lagi popular walaupun umo makin meningkat...terkaya pula tu..nak skit duit..hehhe..haha
Post a Comment