Menarik hasil tulisan Acik Lana ni. Sebuah novel tebal yang ditulis dengan baik dan berjaya membuatkan lulu terbuai dengan ceritanya. Mengisahkan mengenai Tuan Putra, lelaki yang angkuh, namun tampan dan berkedudukan tinggi yang menjadi bos di tempat kerja baru seorang gadis berasal dari kampung, Adara. Adara kerja hanya sebagai tea lady di syarikat kepunyaan ayah Tuan Putra. Siapa tidak kenal dengan keangkuhan Tuan Putra? Malah dihari pertama Adara bekerja saja, dia sudah diingatkan oleh kawan baiknya, Husna yang juga bekerja disitu mengenai lelaki itu.
Malangnya, pada mula Adara bekerja disitu, Tuan Putra memandang hina padanya. Maklumlah, gadis kampung, dengan pakaian baju kurung yang dah pudar, malah pakai kasut yang sudah sedikit terkoyak dihujungnya. Malahan, kesilapan pertama Adara sewaktu bekerja, membuatkan Tuan Putra dendam padanya kerana niat untuk memberhentikan Adara di halang oleh Datuk Hamdi ayah Tuan Putra. Tuan Putra nekad, akan buat Adara menangis sampai nak berhenti kerja.
Namun bagaikan terpukau, apabila melihat Adara berubah imej. Dari rambut, pakaian sehinggalah beg tangan dan kasutnya, semuanya berubah. Tiba-tiba dia rasa Adara sangat cantik. Semuanya kerana Encik Riyad yang juga sepupu Tuan Putra, yang nekad mengubah imej Adara. Dia dibawa membeli belah dan mengubah keseluruhan imejnya. Encik Riyad ada hati sebenarnya dengan Adara.
Bermula dari itu, Tuan Putra selalu mencari peluang untuk mendekati Adara. Dan dia semakin tercabar bila saingannya adalah sepupu sendiri. Mungkin Tuan Putra bernasib baik, kerana sepupunya itu sudah ada kekasih, dan dia berjaya membuatkan Adara menjauhkan diri daripada Encik Riyad. Walaupun dia tidak terang-terangan meluah rasa, dia berjaya mengaturkan majlis pertunangannya dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu.
Cukup! hehe, untuk mengetahui kisah lanjut mengenai novel ini, sila dapatkan dipasaran yer.. Adakah majlis pertunangan itu berjaya? Sudi ke Adara menjadi tunang Tuan Putra? Apa reaksi Encik Riyad mengenai hal ini? Dan sebenarnya, ada hal besar yang akan terjadi di antara Tuan Putra dan Adara, dan ianya benar-benar menguji hubungan mereka. Watak Tuan Putra, yang kasar dan angkuh, akhirnya berubah apabila mengenali Adara dan keluarganya. Adakah kasih sayang dan cinta Tuan Putra kepada Adara kekal selamanya???
Tajuk : Kalau Memang Harus BegituPenulis : Acik LanaHalaman : 1031 muka suratHarga : RM36 / RM39
P/S - Recommended by Lulu Caldina
* untuk review novel lain [KLIK]
.
5 Penyokong CHELSEA:
ala....nak baca jugak le..huhu
hasil nukilan Acik Lana memang tidak pernah mengecewakan.. yang terbaru dah ada ker?
perempuan yang paling aku cinta dan pelangi cinta buat suami..memang best okkk
Macam menarik novel terbaru cik Lana.. Nanti nak beli satu.. =D
dah baca..khatam kat Guangzhou lagi...gila bawak novel pi melancong kan?
mcm menarik jer...nanti cari...heheh
Post a Comment