Monday, March 4, 2013

Puteri Britain hanya memakai jenama biasa untuk baju mengandung


Meskipun bergelar Puteri Britain dan sedang mengandungkan anak pertama, Kate Middleton hanya membeli baju mengandung yang berharga sederhana. Middleton, 31, dilihat membeli pakaian mengandung jenama Deirdre berharga 37 pound (RM174) di TopShop, London pada minggu ini. "Ia amat mengujakan apabila Middleton membeli baju rekaan saya. "Saya rasa ia adalah sesuatu yang hebat apabila Duchess of Cambridge memakai pakaian jenama biasa," kata Erika Shaw kepada US Weekly.


Middleton dijadual menimang cahaya mata yang pertama bersama Putera William pada Julai ini. Tidak diragui lagi, bakal-bakal ibu yang menjadikannya sebagai idola dijangka mengikuti jejaknya membeli baju tersebut. Middleton telah menjadi ikon gaya sejak menjadi isteri Putera William. - AGENSI





.

4 Penyokong CHELSEA:

kak tie on March 4, 2013 at 9:21 PM said...

x kisah ler..janji selesa dan cantik..kan3?

ajax85 on March 4, 2013 at 9:30 PM said...

biar biasa daripada mahal,janji blh pki..silA lah dtg ke blog sy.http://ajax85.blogspot.com

Unknown on March 5, 2013 at 10:34 AM said...

biar murah dan biasa...janji selesa dan sesuai bila dipakai...

Unknown on March 7, 2013 at 6:04 PM said...

Bersederhana itu lebih dan dibanggakan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!