Thursday, March 7, 2013

SKMM kompaun DiGi, Celcom dan Maxis


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan kompaun berjumlah RM190,000 kepada tiga syarikat telekomunikasi utama kerana melanggar syarat-syarat lesen mereka, terutamanya berkenaan aduan orang ramai mengenai panggilan terputus atau dropped calls. DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah dikompaun RM100,000-00 bagi empat kompaun berasingan, Celcom Axiata dikompaun RM60,000-00 bagi tiga kompaun berasingan, manakala Maxis Mobile Services Sdn Bhd dengan dua kompaun berasingan berjumlah RM30,000-00. "Syarikat-syarikat telekomunikasi telah diberi masa dan peringatan yang mencukupi untuk menyelesaikan aduan yang diterima daripada pelanggan mereka mengenai peningkatan kejadian panggilan terputus sejak kebelakangan ini.

 "Sebagai pengawal selia industri, kami tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka kerana gagal mencapai piawaian dan tahap perkhidmatan yang ditetapkan," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM dalam satu kenyataan. Kompaun dikeluarkan berdasarkan hasil ujian yang dijalankan oleh SKMM di beberapa lokasi di negara ini.

Lebih banyak ujian sedang dijalankan di seluruh negara untuk mengukur kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi, kata SKMM. Menurut Mohamed Sharil, KMM sedar bahawa syarikat telekomunikasi telah mula menaik taraf dan melaksanakan usaha untuk mempertingkat kualiti perkhidmatan mereka di negara ini tetapi beliau menegaskan ia harus dipercepatkan. "Orang ramai tidak patut bertolak ansur dengan peningkatan kejadian panggilan terputus atau mutu perkhidmatan yang buruk,” katanya.- Bernama





.

3 Penyokong CHELSEA:

skuterlady.blogspot.my on March 7, 2013 at 8:19 AM said...

memang patut tu... (",)

Unknown on March 7, 2013 at 9:49 AM said...

patut depa kna saman juga kekadang charge trlbh dr yg spatutnya.. especially maxis..

Unknown on March 7, 2013 at 11:34 AM said...

padan muka. Topup dh la mahal



Kiram boleh diserahkan kepada Malaysia

Komando USA dalang Lahad Datu ?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!