Seorang bapa yang kreatif telah menggunakan kemahiran lukisan kartun beliau untuk memberi impak teruja kepada sandwich makan tengahari anak-anaknya. Laferriere David telah melukis pada beg Ziploc plastik dengan Sharpie marker sejak tahun 2008 - dan mengambil gambar untuk diabadikan dalam akaun Flickrnya.
Pereka grafik itu kini telah melukis lebih daripada satu ribu lukisan yang terdiri daripada dinosaur, ikan emas dan itik.
Namun, anak-anak pereka grafik ini hanya dapat melihat karya seni itu sepenuhnya menerusi makanan mereka ke sekolah. Laferriere, dari Attleboro, Massachusetts, menjelaskan kerjayanya memang sangat mencabar.
Terutama tugasnya yang lebih penting, iaitu menyediakan makanan terbaik dan menarik buat anak-anaknya.. Dan anak-anaknya sangat menggemari sandwich istimewa itu. -AP
.
4 Penyokong CHELSEA:
kreatif bapaknya nie...
sweetssss :)
sayang nak makan kalau macam ni gaya ..hihihi
ingatkan lukis atas sandwich. rupanye atas ziploc... mesti anak dia simpan ziploc tu dan mesti skrg dah beribu koleksi plastic ziploc dgn mcm2 lukisan.. hehe
Post a Comment