Thursday, March 7, 2013

Wujudnya komputer mirip otak manusia?


Rekaan seperti komputer mirip otak manusia, pengesan cap jari yang lebih tepat dan bentuk pesawat diilhamkan daripada ikan paus: ini adalah beberapa perkara yang boleh jadi nyata kerana kajian yang sedang giat dilakukan dalam bidang optik dikenali sebagai nanophotonik. Penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Pankaj Kumar Choudhury berkata, nanophotonik membolehkan cahaya digunakan pada tahap nano untuk memindahkan data antara komputer dan alat komunikasi pada had laju amat tinggi daripada apa yang terdapat sekarang. Manakala Prof Choudhury dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) berkata, komunikasi berdasarkan atom dan zarah asas cahaya, atau foton akan menggantikan komputer sedia ada bagi pemprosesan data digital dan jaringan.

Beliau berkata demikian ketika memberi syarahan umumnya atas tajuk Elektromagnet Mikro dan Struktur Nano: Laluan untuk Nanophotonik. Nanophotonik atau Nano-optik ialah kajian tingkah laku cahaya pada skala sangat halus iaitu nanometer. (Satu nanometer bersamaan satu persejuta milimeter). Istilah ini biasanya merujuk kepada fenomena cahaya ultraungu dan cahaya infra merah (IR), dengan jarak gelombang kira-kira 300-1200 nanometer. Ia dianggap sebagai satu cabang kejuruteraan optik yang berkaitan dengan optik, atau interaksi cahaya dengan zarah atau bahan pada tahap yang lebih rendah daripada jarak gelombang cahaya. Kata Choudhury, bentuk rangkaian kuantum mungkin akan menggantikan rangkaian komputer biasa tidak berapa lama lagi kerana kelajuannya yang lebih tinggi.

Satu rangkaian kuantum adalah jaringan komputer yang lebih selamat daripada yang sedia ada menggunakan prinsip-prinsip sifat atom dan foton untuk mengawal maklumat. “Foton telah dikenal pasti sebagai pembawa ideal untuk pengangkutan logik dari satu nod ke nod lain dalam rangkaian kuantum melalui pautan gentian optik (fiber-optic),” katanya. Dalam bidang sains forensik, nanophotonik digunakan untuk memperoleh bentuk cap jari. Jikalau hanya kesan cap jari dalam dua dimensi didapati dalam cara konvensional, satu teknik yang dikenali sebagai Sculptured Thin Films (STF) atau columnar thin films (CTF) yang terdiri daripada tiang bahan komposit pula boleh mengambil cap jari dalam tiga dimensi. -Agensi






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!