Saturday, April 6, 2013

Berita Terkini mengenai Shah Rukh Khan


Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bakal berdepan saman RM57 juta yang difailkan oleh pelakon dan pengarah veteran, Manoj Kumar kerana mengedar filem "Om Shanti Om" di Jepun tanpa memotong adegan yang mempersedanya. Media di India melaporkan Kumar menuntut saman tersebut daripada SRK dan penerbit filem, Eros International. Kali pertama Kumar mengambil tindakan undang-undang adalah pada tahun 2007, iaitu kali pertama filem tersebut ditayangkan kerana terdapat satu adegan mempersenda tingkah lakunya.

Pada tahun 2008, sebuah mahkamah di Mumbai mengarahkan adegan itu dipadamkan daripada tayangan dan SRK meminta maaf kepada Kumar. Namun Kumar memberitahu bahawa adegan itu tidak dipotong ketika filem itu ditayangkan di Jepun baru-baru ini. "Saya memaafkan SRK dulu, tetapi kali ini dia perlu bertanggungjawab kerana tidak menghormati saya." Filem "Om Shanti Om" adalah sebuah filem romantik komedi yang menampilkan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone sebagai peneraju filem. -AP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!