Meskipun video klip Psy berjudul Gentleman dihujani pujian, video lagu terbarunya itu juga turut di kritik. Seorang profesor bernama Jung Hee Jun menganggap video klip yang sudah ditonton 200 juta kali di YouTube itu mengandung unsur pornografi. Profesor tersebut mengutarakan pendapatnya dengan menulis artikel berjudul 'PSY’s Pornographic Hallyu, Are You Proud of It?' Lantas artikel berkenaan mendapatkan banyak komen negatif. "Kebudayaan lebih kuat daripada pistol atau senjata. Jika Psy mempunyai kebebasan untuk bereskpresi, saya juga begitu," ujarnya di program radio CBS 'Kim Hyun Jeong's News Show', baru-baru ini. Hee Jun berkata, beliau sebenarnya tidak kisah jika aksi hubungan lelaki dan wanita diekspresikan dengan cara yang sangat intim dan menghairahkan.
Tetapi yang menjadi masalah, apabila para wanita terang-terangan menjadi objek seksual dalam video klip itu. "Video klip tersebut sangat memalukan untuk ditonton dengan keluarga. Saya tidak mahu anak saya yang duduk di sekolah menonton video klip tersebut," tuturnya. "Saya rasa negara kita (Korea Selatan) ini lucu. Masyarakat tergila-gila dengan video klip pornografi Psy dan media terus menerus memberitakan berapa kali video klip itu ditonton.
Bila tengok betul2 gambar ni, baru perasan baju watak perempuan tu dedahkan ^&#$%* |
Seolah-olah kita sebuah bangsa yang hanya berfikir harga diri bergantung pada carta Billboard," kritik Hee Jun. Sementara itu baru-baru ini, Hwang Min Woo atau lebih dikenal dengan jolokan 'Little Psy' tampil dengan video klip parodi Gentleman. Sebelum ini kanak-kanak berusia tujuh tahun ni pernah mencipta fenomena menerusi video parodi Gangnam Style. "Saya membuat parodi untuk video klip Gentleman pakcik Psy. Pakcik Psy, semangat! Saya menyokong awak!" tulis Min Woo di akaun Twitter-nya.
P/S - Ya, kali pertama tengok pun dah rasa macam tu.. Bayangkan kanak-kanak akan ikut tarian dalam lagu tu.. adeh. Biasanya yang terbaik, hanya akan berlaku sekali seumur hidup..
.
2 Penyokong CHELSEA:
tu la part yg tu silapnya...
Emm x kesah la. Perkara cam ni biasa da kat negara dia org. Tapi bila da sampai negara kita cam terlalu berat pula masyarakat kita nak terima bila ada aksi2 panas cam ni.. Tapi yg hairannya biar pun ada aksi cam tu dlm video dia, tapi masi g banyak yg nonton video dia. Heheh da sah dasar masyarakat kita ni semuanya hepokrit.
Post a Comment