Saturday, April 20, 2013

Eh kantoi rupanya, dia yang buat..


Lelaki yang menghantar surat beracun kepada Presiden Barack Obama dipercayai bertindak demikian kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan mengenai pendedahannya bahawa sebuah hospital Mississippi menjual organ manusia ke pasar gelap. Paul Kevin Curtis, 45, berkata dia yang menemui skandal hospital itu dan menulis surat kepada pegawai kerajaan selain cuba menemui Senator Roger Wicker untuk memintanya bertindak. Perkara ini ditulis oleh Curtis dalam satu laman web miliknya. Curtis dikenali di Mississippi sebagai peniru lagak Elvis Presley dan pernah memakai kostum penyanyi itu di penjara.

Kelmarin, Jabatan Kehakiman Amerika disifatkan membuat siasatan pantas diketuai oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sesuatu yang dianggap luar biasa. Jabatan itu menuduh Curtis menghantar surat berisi racun ‘ricin’ yang boleh membawa maut, kepada Wicker dan Obama. Surat itu dipintas pihak berkuasa sebelum ia sampai ke destinasi. Dalam surat itu, Curtis merujuk kepada pasaran gelap organ manusia dan berkata: “Mungkin anda baru mahu memberi perhatian, sekalipun ada orang perlu mati.” “Dia beritahu saya mengenai tindakan hospital mengambil organ mayat dan memaklumkannya kepada ahli perundangan tetapi tiada siapa mahu mendengarnya.

“Dia menjadi seorang suka membuat teori konspirasi,” kata Verna Gates dari Birmingham, Alabama. Gates mengenali Curtis beberapa tahun lalu lelaki itu tinggal di Alabama. Gates adalah wartawan bebas yang bertugas untuk Reuters. Bekas isteri Curtis, Laura pula menyatakan: “Dia ada masalah kemurungan. Mungkin dia tidak makan ubat.” Curtis ditahan Rabu lalu di rumahnya di Corinth, Mississippi, kira-kira 80 kilometer ke utara Tupelo, tempat lahir Elvis Presley. Wicker, seorang anggota Parti Republikan dari Mississippi, memberitahu akhbar Roll Call bahawa dia sudah menemui Curtis. Lebih 24 video menunjukkan seorang lelaki bernama Kevin Curtis meniru aksi Elvis dan orang lain di YouTube. - REUTERS





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!