Wednesday, April 10, 2013

Hukuman keatas pelajar yang terlibat dengan kes buli dan pukul ketua tingkatan



Tiga pelajar SMK Tun Hussein Onn, di sini dikenakan tindakan buang sekolah setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan. Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin, berkata tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lalu, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah.

Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu dan mendapat komen negatif daripada orang ramai. "Susulan kejadian itu pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac lalu kerana melanggar peraturan sekolah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan semula persekolahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit. Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh. - Bernama





P/S - Gelaplah masa depan





.

7 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

hantar g Sekolah Henry Gurney la..boleh dia kembangkan bakat tomoi kat sana :p bertuah la mak bapak budak2 ni..famous katekauu!!

Namee Roslan on April 10, 2013 at 10:53 PM said...

jahatnya lah budak2 ni. kesian tengok budak yg kena belasah tu. dia tak melawan pun. nasib baik dia cover kepala n muka dia. kalau tak gegar otak ke apa.. kurang ajar betul budak2 ni. elok masuk penjara seumur hidup je kot. berlagak hebat sgt kan,,,geram tengok.

Anonymous said...

kesian.. xsmpai hati nk tgk.. budak tu xmelawan.. dia seorg yg bantai ramai mmg la kan..

nOra_zirah on April 11, 2013 at 10:56 AM said...
This comment has been removed by the author.
nOra_zirah on April 11, 2013 at 11:00 AM said...

HELLO...! BUKAN BUDAK SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA OK! FOR YOUR INFORMATION ITU BUDAK SEKOLAH THO "DI" SEBERANG JAYA.

Anonymous said...

Tu budak samseng dari smk tun hussein onn, yang terletak di bandar seberang jaya. Ada 3 sekolah menengah di kaw.seberang jaya - smk seberang jaya, smk tun hussein onn & smk perai.

Unknown on April 11, 2013 at 10:10 PM said...

ISU PANASSS, Video , maklumat identiti dan punca sebenar seorang ketua tingkatan dibelasah oleh sekumpulan pelajar...

http://che-armad.blogspot.com/2013/04/isu-panasss-video-dan-maklumat.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!