Alhamdulillah, lengkaplah sudah 'perjalanan' menyusuri nukilan indah ini. Berturut-turut, dua novel hasil tulisan kak Melur Jelita ini, telah lulu baca... Perasaan yang sangat luar biasa disitu.. Bermula dari novel pertama, AWAK SUKA SAYA TAK? dan beralih kepada novel yang lebih tebal ini, berbaur perasaan, antara lucu, sedih, insaf dan terharu.. semua terhimpun menjadi satu sebaik saja selesai.. Rasanya ada pelbagai soalan yang bermain dalam kepala. Kata-kata indah dan penuh keislaman jelas tersusun indah, sehinggakan terasa hati bagaikan sangat-sangat terasa keindahan cerita yang ingin disampaikan penulis.
Melalui novel setebal 1389 dan dengan 109 bab, pembaca akan dibawa ke alam sejarah, bagaimana kekejaman dan kepedihan yang dialami oleh rakyat Kemboja ketika peperangan dengan Pol Pot.. Owh, novel ini bukan sahaja 'menghidangkan' kasih dan sayang antara insan, bahkan juga menyerap keinsafan yang tebal pada diri.. Hati seringkali berbisik, betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia, berbanding rakyat yang hidup daif namun sentiasa bersyukur dan menghargai setiap yang berlaku pada mereka, rakyat Kemboja..
Benarkah begitu teruk kehidupan rakyat Kemboja? Bila penulis menggambarkan keadaan susah di negara itu, ianya begitu lengkap dan terperinci, dan membuatkan pembaca boleh merasai penderitaan yang sama.. Benar! Ianya terjadi pada lulu.
Alangkah indahnya bercinta dan berkasih sayang, apatah lagi bila berlandaskan agama islam. Suci, luhur dan mendalam. Bukan sekali, tapi dua kali lulu terpegun dengan hasil tulisan penulis ini. Benar! Betapa bertuahnya memiliki kebolehan menulis, seolah-olah dia pernah menghadapi dan merasai keadaan perit itu. Betul-betul lulu tak sangka, novel setebal ini akan memberikan pengalaman yang berbeza pada setiap helain muka suratnya. Bacalah novel ini, dan anda pasti akan bersetuju dengan lulu...
P/S - Recommended by Lulu Caldina..
* Tahniah kak Melur Jelita, sesungguhnya, hasil tulisan kakak, memberi 1001 rasa buat lulu.. teruskanlah menulis..
.
22 Penyokong CHELSEA:
wooo...tebal tu...nnt boleh la nk bce..
best, kan. Kc da repeat dua kali tau Lulu.
Setuju sangat....lepas tu terasa diri macam berada dalam novel itu sendiri...merasai dan menyelaman setiap situasi...
macam best jer... Nak cari.. :)
@Anisa Anuar Baca tau, ceritanya best sangat.. :)
@kakchik@ella KC, setakat ni belum repeat lagi, tapi kesannya dalam hati memang hebat wooo...hehe
@Mat Gebu betul cik mat.. rasanya setiap yang baca novel ni akan berperasaan yang sama.... fly fly away~~ ^__^
@Cik Nurul Siezuka kalau susah nak dapat, sila beli online.. memang pantas dan ada diskaun lagi tau..
Akak jadikan buku nie bahan bacaan wajib di rumah. Sangat banyak yang perlu ditelaahkan. Segeneap emosi tersentuh dari segala aspek. Err, Lulu terapung di awangan lagi tak...?
@Aziela pastilah kak aziela ;)
Salam Lulu jelita,
alhamdulillah999999999999x semuanya dari Allah. Terima kasih kerana memahami ILUS. Terima kasih kepada semua yang membaca ASST dan ILUS
huhu...tapi tak minat dengan melur jelita...erm maybe len org len citarasa...=D
@Lulu Caldinabeli on9 kat mna ye...bgi la linknya...:-)
@Melur Jelita :)
@nini dah baca karya MJ? cubalah dulu :)
@Asyifa Mustaffa lulu beli online kat karyaseni.. cuba google yer, ada diskaun disitu.. Rasanya ada laman lain lagi kalau nak beli online.. tp lulu tak pasti..
dah tgk novel ni tp tak sempat nak beli laGI JUST BACA SINOPSIS JER
bila baca ASST tu terus terpikat. bes sgt2 novel tu. lepas ni boleh cari novel ni pulak hehe
@Zaza Zafran 귀여운 apalah sangat pada sinopsis, sila beli untuk mengalami 'pengalaman' yang sebenar..hehe
@najihahfara itulah.. memang terpikat.. lagipun novel kedua ni pun tak kurang hebatnya dengan ASST
@Syuhada Salleh takpe, sebab memang berbaloi..
mesti sweet cerita dia! ^^
Post a Comment