Friday, April 19, 2013

Inilah Novel Novelis Paling Popular Cecah 1 Juta Naskhah Dalam Seminggu


Penerbit novel terbaru novelis Jepun kontemporari paling popular, Haruki Murakami mengesahkan yang mereka telah mencetak satu juta naskhah karya tersebut dalam tempoh seminggu selepas berada di pasaran. Penerbit berkenaan, Bungeishunju Ltd meramalkan, novel yang berjudul "Shikisai wo Motanai Tazaki Tsukuru to Kare no Junrei no Toshi atau "Colourless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage" itu akan mencatat sejarah baru sebagai novel paling pantas terjual dalam sejarah buku Jepun. Sebelum memasuki pasaran, Bungeishunju menyatakan mereka telah mencetak sekitar 500,000 naskhah.

Bagaimanapun tidak sampai seminggu selepas berada di pasaran mereka terpaksa mencetak sebanyak 300,000 naskhah lagi ekoran permintaan yang luar biasa. Dan pada Khamis, syarikat penerbitan itu memutuskan mereka perlu mencetak lagi 200,000 naskhah tambahan menjelang bulan depan.


Dalam tempoh tiga hari sahaja berada di pasaran, novel Murukami itu telah terjual sebanyak 350,000 naskhah di seluruh Jepun. Novel setebal 370 halaman itu mengisahkan tentang seorang lelaki muda bertarung dengan masa silamnya dan kini terpaksa bergantung kepada percintaannya untuk mengembalikan kekuatan dirinya semula. Karya Murakami telah diterjemahkan ke dalam 40 bahasa di seluruh dunia menjadikannya sebagai novelis Jepun paling popular era ini. -AP





P/S - Terus rasa teringin nak dapatkan senaskah, tapi ada ke yang berbahasa selain jepun??





.

1 Penyokong CHELSEA:

missshoji on April 20, 2013 at 2:38 PM said...

Hmm.. bru saya nk komen sinopsisnya mcm biasa2 sja trus teringat peribahasa omputeh 'dun judge a book by its cover' .. hehe


Lulu, mungkin bahasa Inggeris ada tuh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!