PENGACARA terkenal, Qi Razali kembali mengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim kedua untuk tahun ini setelah meninggalkan program itu selama hampir dua tahun. Dalam musim kali ini, Qi menunjukkan kepakaran memasaknya di dapur melalui beberapa segmen. Gelagat Qi yang bersahaja dalam memasak itu dikatakan bakal menarik perhatian penonton untuk mencuba pelbagai resepi istimewa setiap restoran yang dikunjunginya. Menurut Penerbit Eksekutif Che Rozaini Ahmad, JJCM telah diterima baik sepanjang penyiaran sejak 2001. "Tempoh 12 tahun bersiaran menemui penonton setia TV3 jelas membuktikan penerimaan baik di kalangan penonton terhadap program JJCM yang berkonsepkan memberi informasi dan tips serta lokasi menjamu selera.
“Daripada segi hos juga, kali ini kita turut mengembalikan Qi Razali untuk musim ini untuk memberi variasi dan kelainan kepada penampilan musim baru kali ini,” katanya dalam satu kenyataan. Musim pertama bagi tahun ini dikendalikan pelakon dan pengacara terkenal, Iqram Dinzly. Kini, JJCM telah memasuki musim kedua bagi tahun ini bermula 7 April lalu. Program ini juga tampil dengan pengisian baru menerusi segmen menarik seperti Siapa Punya?, Siapa Itu?, Singgah dan Lain Macam. Antara segmen yang menjadi tumpuan para penonton ialah segmen ‘Siapa Punya?’ yang memberi peluang kepada peminat rancangan JJCM untuk mencadangkan tempat-tempat makan yang menarik menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM.
Ia juga masih mengekalkan segmen bersama artis dan personaliti jemputan iaitu segmen ‘Siapa Itu?’ untuk menemani Qi Razali menikmati juadah yang lazat dan memeriahkan lagi JJCM ini. Antara artis yang terlibat adalah, Nelydia Senrose, Ila Damia, Suki, Monoloque, Yana Samsudin, Taiyuddin Bakar, Adira, Shuib Sepahtu dan ramai lagi. Menarik mengenai segmen ini, pihak produksi JJCM akan mengunjungi warung dan gerai yang jarang diketahui ramai. JJCM bersiaran setiap Ahad pada jam 12.00 tengah hari. -SH
.
1 Penyokong CHELSEA:
hye sis lulu comel ^^tulah...suka episod pertama baru2 ni tak sbr tgu ahad ni...rs mcm nk join gak kt fb utk promote tmpt makan best kat area kak lea ni he2...
Post a Comment