Pakar arkeologi menemukan satu pelabuhan tertua di dunia yang terletak di kawasan perairan Laut Merah di Mesir. Pelabuhan tersebut dipercayai berusia 4,500 tahun yang digunakan ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) pada Dinasti Keempat. Pelabuhan itu ditemui di kawasan Wadi el-Jarf, selatan Suez, Mesir bersama beberapa manuskrip papirus dalam aksara hiroglif. Struktur yang dipercayai 1,000 tahun lebih tua dari pelabuhan lain di dunia itu ditemui oleh pasukan Institut Pengajian Arkeologi Perancis.
Akhbar Daily Mail semalam melaporkan pasukan arkeologi itu percaya, pelabuhan berkenaan merupakan pelabuhan komersial paling penting pada zaman purba Mesir dan digunakan untuk mengeksport tembaga dan bahan mineral lain dari Semenanjung Sinai. Manuskrip tersebut mengandungi maklumat pengurusan untuk mendapatkan roti dan arak kepada pekerja yang akan keluar dari pelabuhan itu. Satu daripada manuskrip itu juga menceritakan maklumat tentang kehidupan penduduk Mesir purba. Pihak berkuasa Mesir berkata, pasukan arkeologi tersebut menemukan pelbagai jenis limbungan dan batu sauh. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment