Wednesday, May 29, 2013

12 Gambar bayi yang dibuang dalam mangkuk tandas namun berjaya diselamatkan




Pasukan bomba di timur China menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan selepas dibuang ke dalam mangkuk tandas sehingga menyebabkannya tersangkut dalam paip saluran kumbahan, lapor televisyen milik kerajaan, semalam.



Insiden yang turut mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial itu berlaku di sebuah bangunan kediaman di Jinhua, wilayah Zhejiang Sabtu lalu selepas penduduk melaporkan terdengar bunyi bayi menangis.



Anggota bomba terpaksa memotong paip kumbahan yang terletak di bawah mangkuk tandas itu dan membawanya ke hospital berhampiran sebelum pasukan doktor secara perlahan-lahan mengeluarkan bayi itu yang tersepit.




Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan polis kini sedang mencari ibu bapa kepada bayi malang itu. - REUTERS











.

5 Penyokong CHELSEA:

Maria Firdz on May 29, 2013 at 2:15 PM said...

Comelnye baby tu... Bayi x berdosa.. Malaikat pelihara...

kak tie on May 29, 2013 at 2:16 PM said...

akak igtkan kat M'sia je ada kes buang bayi,rupanya kat China pun ada gak

K.A. on May 29, 2013 at 3:15 PM said...

hmmm...kerajaan dorang pon salah gak. Sebab ngehadkan kelahiran. Rakyat ramai sepatutnya menambah kekayaan negara...pemerintah tak cerdik nk pk jalan macam tu la jadinye.. padahal negara dorang luas..tp takot sangat rating jatuh.

missshoji on May 29, 2013 at 10:08 PM said...

lah.. muat2 kat paip kumbahan tu. kesian lak bayi tu, awal2 dah terminum 'ehem' .. huhu

Anonymous said...

Besarnya kuasa Allah..Kalo Allah x mengizinkan sesuatu berlaku, ia x akan berlaku..Jika difikirkan logik, macamana bayi itu boleh bernafas lagi di corong paip yang sempit itu..Sekiranya manusia itu berfikir dengan waras, tidak mungkin tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!