Presiden Filipina, Benigno Aquino menolak tawaran yang biasanya dianggap sukar untuk tidak diterima oleh kebanyakan lelaki, iaitu makan malam bersama aktres Hollywood, Pamela Anderson. Jurucakap presiden Edwin Lacierda berkata Aquino, 53, menolak tawaran bekas bintang Baywatch itu bagi temujanji makan malam bagi membincangkan masa depan Mali, seekor gajah berusia 39 tahun, satu-satunya gajah di Zoo Manila sejak beberapa dekad lalu. Anderson, 45, yang mewakili kumpulan aktivis People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) melahirkan kebimbangan terhadap kurungan terlalu lama gajah terbabit dalam kandang zoo yang sempit itu.
Anderson dan Peta mahu Mali dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan gajah di Thailand bagi membolehkan ia menghabiskan hayatnya dengan ditemani gajah lain di sebuah tempat menyerupai habitat asalnya. Mali dihadiahkan oleh Sri Lanka kepada Filipina ketikaberusia tiga tahun. Mali tidak pernah keluar dari kurungan yang sempit di zoo terbabit. Bagaimanapun, Peta dan Anderson ingin mengubah nasib Mali selagi hayatnya masih ada. Dalam suratnya kepada Aquino, Anderson menulis: “Jika anda berada di Los Angeles, saya ingin makan malam bersama anda dan berbincang mengenai bagaimana kita boleh membantu Mali.” – Agensi
.
1 Penyokong CHELSEA:
Kesian gajah tuu
Post a Comment