Monday, May 20, 2013

Cerita kemalangan ngeri di MRR2. Apa yang terjadi?


Empat maut termasuk sepasang suami isteri dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, dipercayai berpunca daripada kegagalan brek berfungsi salah sebuah kereta, dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.30 petang membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal itu menyebabkan pemandu dan tiga penumpang kereta PERODUA Viva maut serta-merta di lokasi kejadian, manakala sekurang-kurangnya tiga cedera. Mangsa maut dikenal pasti sebagai pemandu PERODUA Viva, Hasbullah Abdul Ghani, 26; dan isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, yang duduk di bahagian penumpang depan, yang putus kepala akibat terkena kabel penghadang jalan.

Turut maut dua penumpang di bahagian tempat duduk belakang, iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22, kedua-duanya adalah sepupu kepada Nurul Intan. Kejadian dikatakan berlaku apabila PROTON Satria yang menuruni jalan Bukit Antarabangsa hilang kawalan apabila brek dipercayai tidak berfungsi, lalu merempuh pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan, sebelum merempuh PERODUA Viva yang dinaiki empat individu.



Berpusing beberapa kali 

Pada masa sama, kereta Suzuki Swift dari Ampang menghala Gombak hilang kawalan dan berpusing beberapa kali ketika cuba mengelak PROTON Satria, sebelum turut merempuh PERODUA Viva. Sebuah motosikal dari arah sama turut terbabas ketika mengelak, lalu jatuh di lokasi kejadian. Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala yang cedera dihantar ke Hospital Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata kemalangan membabitkan empat maut itu berpunca daripada kerosakan brek PROTON Satria sebelum merempuh kenderaan dinaiki empat mangsa.


Katanya, tiga kenderaan lain termasuk sebuah motosikal dari arah Ampang menghala Gombak turut terbabas dan berlanggar sesama mereka ketika mengelak PROTON Satria yang merempuh pembahagi jalan. Beliau berkata, empat individu yang menaiki kereta PERODUA Viva maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala, selain turut tersepit sebelum dihantar HKL untuk bedah siasat. Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil lebih sejam mengeluarkan mangsa tersepit berikutan hujan lebat. Siasatan lanjut dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya ketika dihubungi, semalam. Kemalangan terbabit turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua belah laluan berkenaan sehingga lebih 10 kilometer. -BH





.

4 Penyokong CHELSEA:

||aLeaSaRa|| on May 20, 2013 at 8:11 AM said...

Innalillahi Wa Innalillahi Rojiun

itulah smlm masa tgk berita..istighfar byk kali sbb mangsa semua umat Islam dan sedih ada yg putus kepala.malang mmg tak diduga.mmg bhya area nak turun dr bkt antarabangsa tu :(

Kak Bunga on May 20, 2013 at 8:19 AM said...

ya Allah...ngerinya...al-fatihah..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on May 20, 2013 at 10:12 AM said...

Ya Allah...teruknya eksiden.Moga roh mereka dicucuri rahmat. Al Fatihah.

Anonymous said...

Amat menyedihkan. betul dah sampai ajal , tetapi ada kesilapan manusia.. 1. Pembahagi jalan sepatutnya concrete, bukan wayar yang tidak boleh menahan kereta Proton Satria daripada memasuki jalan kereta Viva yang tak tau apa apa tu. 2. Wayar besi pembahagi jalan kat MRR2 itu yang memotong bumbung kereta Viva dan mungkin juga kepala penumpang Viva yang malang itu.Ini satu design error dan boleh diubah oleh pihak pengurusan MRR2.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!