Wednesday, May 8, 2013

Cerita terbaru penyanyi dan pemenang Masterchef Selebriti, Datuk Fazley


Penyanyi Datuk Fazley Yaakob, 35, akan melanjutkan pengajian dalam bidang pastri di Paris, Jun ini. Pemenang program MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama itu berkata, dia akan melanjutkan pengajian di kampus cawangan Le Cordon Bleu di sana selama tiga bulan. "Buat masa sekarang saya sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma de Patisserie di Le Cordon Bleu, Sunway sejak enam bulan lalu. "Saya akan sambung belajar di Paris untuk semester akhir. Sejak dulu saya memang minat membuat pastri. Apa yang saya lakukan ini adalah sebagai persediaan untuk saya membuka kafe dan pusat mengajar membuat pastri," katanya.

Menurut Fazley, selain dirinya, isteri beliau, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz juga pakar dalam membuat kek dan dua adiknya juga mahir membuat pastri kerana masing-masing mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut.

Tambahnya, sewaktu berada di Paris kelak, dia akan turut melakukan rakaman klip video untuk sebuah lagu yang liriknya dihasilkan berdasarkan resepi. "Saya nak cuba buat lirik lagu berdasarkan resepi sebab orang lain tidak pernah buat lagi. Lagu ini saya berkolaborasi dengan penyanyi dari Perancis, Maeva dan Zul selaku rapper. "Saya kenal Maeva sewaktu berkunjung ke Paris dan kebetulan bapanya adalah chef pastri. Maeva dan Zul kelak bernaung di bawah FiPRO. Sekarang ini lagu itu sudah siap 80 peratus, tunggu masuk vokal Maeva saja," katanya. - Utusan





.

3 Penyokong CHELSEA:

Tengkubutang on May 8, 2013 at 7:22 PM said...

waaaa.. memang datuk fazley ni berkebolah macam2 kan.. hemm.. respect kat dia..

Mimin Adam on May 8, 2013 at 9:51 PM said...

dia memang seorang yang rajin berusaha :D

Anisa Anuar on May 9, 2013 at 7:27 AM said...

tahap international tu...chaiyok3

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!