Saturday, May 4, 2013

Gempar : Pelakon pembantu mendedahkan dia terkena sihir selepas baca mentera dalam sebuah filem


Seorang pelakon mendakwa dirinya sudah setahun menderita sakit selepas melakonkan adegan membaca jampi ketika pengambaran sebuah filem. Pelakon pembantu yang dikenali sebagai Farah itu berkata, dia melakukan adegan itu atas arahan produser dan pengarah dan sebagai pelakon pelakon dia perlu membuktikan keberanian berlakon apa jua cabaran diberikan. Bagaimanapun dia tidak menyangka dan terkejut apabila diminta pengarah melakonkan adegan membaca mantera sehingga memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dirinya. “Penggambaran adegan itu dijalankan sebelum azan Subuh. Ketika itu saya tidak fikir perkara bukan-bukan dan hanya melakonkan apa yang diminta, tetapi selepas selesai melakonkannya, badan mula terasa lemah,” katanya.

Sebagai bakat baru, Farah pasrah menempuh dugaan melakonkan adegan terbabit. Namun, dia terpaksa menanggung akibat apabila sering menangis, badan lemah dan menggeletar. Menurutnya, mantera yang dibacanya yang mana menjadi adegan terakhir filem itu merupakan mantera benar yang diambil dari satu negara jiran. Namun dia diminta hanya membaca sebahagian mantera berkenaan sebelum mula merasakan perubahan diri menggeletar seluruh badan sehinggan demam pada keesokan harinya. Disebabkan itu dia terpaksa berehat setahun sebelum kembali aktif berlakon. Katanya, ketika saki dia masih boleh berfikiran waras, cuma badannya masih terasa sangat lemah sehingga kesannya masih ada sehingga ke hari ini.

Perubahan dirinya itu disedari oleh ibunya yang kemudian mendapatkan khidmat paka perubatan tradisional untuk merawatnya. "Seorang ustaz memberitahu saya mungkin terkena sihir akibat perasaan cemburu orang lain. Bacaan mantera juga menjadi punca aya jatuh sakit termasuk lintah yang digunakan dalam adegan itu boleh berkait dengan mantera," katanya yang dirawat oleh tiga ustaz sebelum keadaannya beransur pulih. Farah berkata masih ada orang keliling yang takut untuk mendekatinya kerana merasakan dirinya sesuatu. Tetapi dia tidak pula memberitahu pengarah dan produser kerana sukar menjelaskan apa yang berlaku. Dia juga tidak berputus asa dan akan terus berlakon namun serik untuk melakonkan adegan sama pada masa akan datang dan berharap agar kisahnya menjadi panduan kepada pelakon lain. -MD





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!