Thursday, May 23, 2013

Inilah sebab Datuk Aznil Nawawi berundur dari Masterchef Selebriti


Demi ibu tercinta, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) berundur daripada meneruskan cabaran Masterchef Selebriti 2 (MCS2), malam kelmarin. Keputusan Aznil itu mengejutkan peminat, teman seperjuangan dan pasukan produksi program realiti itu yang sudah memasuki episod ke-13. Bukan mahu mencipta kontroversi, sebaliknya Aznil sukar memberikan perhatian kepada pertandingan kerana ibu, Norbaiti Surur, 88, makin uzur sejak akhir tahun lalu dan kerap mendapatkan rawatan di hospital. Beliau berkata hasrat mahu mengundur diri itu sudah difikirkan semasaknya. Selain MCS2, beliau juga tugas sepenuh masa di Astro. Hanya Ahad saja beliau dapat meluangkan masa sehari suntuk bersama ibu.

Dalam pada itu Pak Nil mengaku, sepanjang mengharungi cabaran MCS2, tumpuannya kerap terganggu kerana memikirkan ibu yang ditinggalkan bersama pembantu dan jururawat peribadi. “Apabila memasak, kita perlu lakukan sepenuh hati. Tetapi fikiran saya sentiasa di rumah hingga kerap ditegur juri. Mana tidaknya, andai ada masa rehat, saya akan hubungi adik beradik atau pembantu bertanyakan keadaan ibu. Itu belum lagi curi-curi membelek telefon, bimbang ada panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada mereka. “Daripada jiwa tidak tenteram memikirkan orang tersayang, baik saya undur diri. Itu lebih adil untuk semua. Kalau ikutkan, saya mahu tarik diri lebih awal lagi.

Namun, minggu ini saya nekad. Biarlah saya berkorban demi insan tercinta,” katanya yang terpaksa menapis undangan ke luar ibu kota. MD doakan mudah-mudahan ibu Pak Nil diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan harian seperti sediakala. Sementara itu, ekoran pengunduran Aznil daripada MCS2, pengarah Michael Ang yang sepatutnya tersingkir pada episod sembilan, dimasukkan semula dan bersaing dengan 13 peserta lain seperti Syanie, Lydiawati dan Celina dalam program itu. -BH





.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on May 23, 2013 at 9:41 AM said...

Salam lulu..

memamg ibu paling utama untuk diutamakan, kan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!