Sunday, May 5, 2013

Justin Bieber berhenti 2x membuat persembahan di Turki kerana menghormati azan



Selepas beberapa siri jelajah dunia yang penuh kontroversi, penyanyi ini, Justin Bieber tiba di Turki. Tiket yang telah habis dijual itu, menyaksikan penyanyi itu memiliki peminat yang sangat ramai di situ. Dan yang paling mengejutkan, Justin Bieber menghentikan persembahannya sebanyak 2 kali sebaik saja azan bergema di negara islam itu.


Peminatnya di negara itu ternyata sangat terkejut dengan aksi spontan penyanyi itu, dan berkata didalam laman twitter penyanyi itu, bahawa mereka terkejut dan gembira, apabila melihat penyanyi kesayangan mereka, menghormati agama peminatnya. Walaupun penyanyi itu tidak berkata apa-apa mengenai tindakannya selepas itu, ramai yang percaya, bahawa penyanyi itu menghargai peminatnya dengan mengambil tahu mengenai apa saja, termasuk amalan agama lain. -AP






.

4 Penyokong CHELSEA:

missshoji on May 5, 2013 at 3:29 PM said...

Hehe... bgus2x

indahhiasan on May 5, 2013 at 3:32 PM said...

ohsemmmm.....

Uji Hussein on May 5, 2013 at 3:53 PM said...

Baguslah kalau cam tu kan.At least ada sesuatu yang baik ttg Bieber ni.

hazirah kasimon on May 5, 2013 at 6:18 PM said...

waa osem. neway bieber da a lil bit matured. leave weed ok bieber

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!