Thursday, May 9, 2013

Keluhan hati pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez


Rafael Benitez menjangkakan tempatnya akan digantikan oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho. Pengurus sementara Chelsea, Benitez yang menggantikan Roberto di Matteo akan meninggalkan Stamford Bridge seperti yang terkandung dalam kontraknya iaitu pada penghujung musim ini. Jurulatih Real Madrid, Mourinho yang meninggalkan Blues pada September 2007 selepas tiga tahun membimbing kelab London itu adalah calon yang hangat diperkatakan bakal menyertai Chelsea. “Tahun depan akan ada pengurus baru. Saya fikir semua orang sudah tahu siapa yang akan berada di sini nanti," kata Benitez.

Benitez, yang enggan secara jelas memberitahu bahawa Mourinho bakal menggantikannya menegaskan bahawa spekulasi melibatkan pengurus Real itu tidak akan menjejaskan tugasnya bersama Chelsea ketika ini. “Saya akan terus fokus pada tugas saya dan tidak mahu terlalu memikirkan semua perkara tersebut," kata Benitez. Sementara itu, Benitez turut mempertahankan pemain pertahanannya, David Luiz selepas dituduh berpura-pura pada perlawanan menentang Manchester United oleh pengurus kelab tersebut Alex Ferguson.

Pada perlawanan tersebut, Ferguson mendakwa Luiz yang dijatuhkan oleh pemainnya Rafael da Silva tersenyum dengan muka yang mengadap tanah apabila pemain United itu dilayangkan kad merah. Bagaimanapun, Benitez memberitahu reaksi Luiz yang dilihat seakan tersenyum itu cuma tindak balas terhadap cemuhan penyokong United. “David Luiz tersenyum adalah kerana penyokong mencemuh dirinya. “Bagi saya tiada apa-apa hasil yang bakal diperoleh jika kami terus memperkatakan tentang perkara ini dan lebih baik kami memberikan tumpuan kepada perkara yang penting kepada kami. “Saya juga tidak begitu suka dengan situasi sebegini," kata Benitez. - AFP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!