Thursday, May 9, 2013

Justin Bieber buat hal lagi


Polis di sini mengesahkan bahawa Justin Bieber mengumpul enam saman had laju ketika berada di bandar ini, dengan memecut di sepanjang lebuh raya Shaikh Zayed sambil memandu Lamborghini Avendator malam Ahad lalu. Penyanyi berusia 19 tahun itu, yang mengadakan dua konsert di sini iaitu pada Sabtu dan Ahad, memandu kereta super itu bernilai Dh1.5 juta (RM1.22 juta) ke konsertnya Ahad lalu dan dirakam kamera pengawasan di Lebuh Raya Shaikh Zayed serta dalam perjalanan ke Sevens Stadium di Al Ain Road. Kereta Lamborghini Aventador itu adalah model terkenal Itali dan memiliki kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dan 691 kuasa kuda. Polis berkata, kereta sports mewah dipandu Bieber dirakam kamera radar beberapa kali di jalan Shaikh Zayed dan dia memandu secara melulu.



 Melebihi had laju 

Lamborghini itu dikesan polis peronda melebihi had laju dibenarkan dan polis cuba menahannya, tambah sumber polis serta beberapa denda dikeluarkan. Denda had laju biasa di sini ialah Dh600 (RM486.39), bermaksud Bieber perlu membayar sekurang-kurangnya Dh3,600 (RM 2,914.79) walaupun tidak jelas bagaimana denda itu akan dikumpul. “Denda lebih tinggi akan dikenakan mengikut kelajuan. Lebih laju kereta dipandu lebih tinggi denda dikenakan,” kata pegawai berkenaan. Seorang ejen jualan Lamborghini berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu Gulf News bahawa tidak mustahil untuk seorang pemandu semuda Bieber diinsuranskan ketika memandu kenderaan itu. Bieber terkenal dengan koleksi kereta laju dan memiliki antaranya, sebuah Fisker Karma berwarna perak dan Ferrari putih. Bieber lewat dua jam untuk konsertnya Ahad lalu, di mana seorang peminat memanjat pentas ketika persembahan. Jabatan siasatan dan jenayah polis di sini (CID) berkata tiada siapa ditahan berhubung kejadian itu. - AGENSI





.

2 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on May 9, 2013 at 10:28 PM said...

banyak tu je denda dia??hahaha. celah gigi dia je..hehe

Anisa Anuar on May 10, 2013 at 7:11 AM said...

alahai...dah mampu byr denda tu kalau pakai kete power

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!