Seorang lelaki yang ketagih memakan serangga mendedahkan bahawa beliau sudah makan lebih 5,000 spesies sejak 11 tahun lalu. David Gracer, 47, yang berkhidmat sebagai guru dan seorang peminat alam semula jadi, muncul dalam rancangan My Crazy Obsession, dan mengaku mengidam serangga termasuk lipas. Bapa kepada seorang anak dari Rhode Island itu, menyimpan bekalan snek kegemarannya dalam peti sejuk supaya tidak kehabisan, dan mendakwa orang ramai terlalu cepat membuat penilaian ke atas dirinya.
Beliau berkata kegemaran memakan serangga mungkin dianggap menjijikkan bagi ramai orang, tetapi manusia sebenarnya sudah memakan serangga sejak zaman berzaman. Katanya, penduduk Greek dan Rom purba sangat gemar memakan serangga, manakala sesetengah kelompok masyarakat di Asia, Afrika dan Amerika memelihara serangga untuk dijadikan makanan. “Saya dikatakan gila, sakit atau aneh dan maksud saya inilah yang berlaku apabila kita melakukan membuat sesuatu yang tidak popular.
“Memang jelas mereka bersikap berat sebelah. Serangga, selain berada dalam laut seperti ketam, udang dan udang kara tidak mengapa jika dimakan, tetapi serangga itu berada di darat, tiba-tiba ia dipandang jijik,” katanya. Gracer mengaku memiliki lebih 12,000 serangga daripada 20 spesies berbeza di dalam peti sejuk di rumahnya. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
erk.. sng lah mcm tu. rumah xda serangga.semut serangga kan. huhu
Post a Comment