Pertama kali lihat buku ni, hati lulu memang terpaut. Biasanya lulu tengok senarai buku yang laris di jualan. Namun buku yang satu ini tidak ada dalam senarai tu. Kunjungan lulu ke kedai buku berhampiran, benar-benar macam langkah kanan, dan terus saja lulu beli untuk di jadikan koleksi peribadi. Dan alhamdulillah, memiliki buku ini, memang sangat berbaloi. Jalan ceritanya memang benar-benar cukup rasa. Dari gembira, sampailah menangis masa baca...
Izhar dan kakaknya Baidura menemui Arisa, yang merupakan seorang anak nelayan dari keluarga yang sangat daif ketika membuat urusan kerja disebuah kampung. Arisa yang ketika itu baru saja menamatkan peperiksaan SPM. Arisa yang lebih dikenali sebagai Icha, merupakan seorang gadis yang sangat sederhana namun bila bercakap bagaikan bertih jagung, susah nak berhenti. Untuk membantu Icha, Baidura dan Izhar menawarkan pekerjaan sebagai kopi 'lady' di pejabat mereka, disamping tinggal bersama dirumah besar Baidura dan Izhar. Disitu, barulah Icha tahu bahawa orang yang membantunya ini sangat kaya dan berdarjat pula tu.
Kerana suatu kejadian, Izhar nekad mengambil Icha sebagai isterinya. Dia membawa Icha kembali ke kampung, dan dalam usahanya untuk mengambil hati ayah dan ibu mertua, Izhar sanggup mengikut ayah Icha ke laut. Kesungguhan hati Izhar menawan hati ayah Icha dan dia akhirnya merestui perkahwinan mereka. Mengahwini seorang gadis yang muda, nampaknya memberi masalah dalam hubungan mereka. Dan suatu hari Icha pulang ke kampung tanpa pengetahuan suaminya. Icha hilang dilaut ketika turut serta turun ke laut bersama ayahnya.
Kehilangan Icha membuatkan jiwa Izhar mati, dan bagaikan tidak terurus, dia sentiasa duduk menghadap laut, menanti kepulangan Icha. Namun suatu hari dia dapat tahu Icha sudah kembali, namun Icha ketika itu sangat berbeza dari Icha sebelumnya. Icha lumpuh dan hilang semangat. Dalam usaha Izhar memulihkan Icha, dia sering di herdik dan dikasari Icha. Ketika itu, kehidupan Izhar hanyalah Icha. 24 jam hanya Icha. Dengan sabar dia melayan dan memujuk Icha. Melengkapi keperluan Icha yang lumpuh. Dan ketika membaca bahagian inilah airmata lulu menitis. Entah tiba-tiba lulu terasa membaca kisah hidup abil dan gee.. Kerana cinta dan kasih sayang Izhar tabah berhadapan dengan dugaan besar itu. Walaupun berbulan Icha berubat namun masih tiada perubahan. Icha yang semakin berputus asa mula meminta Izhar kahwin lain..
Apa yang terjadi kepada Icha seterusnya? Mampukah dia kembali sihat seperti sedia kala, dan menyempurnakan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran? Mampukan Izhar terus bersabar menghadapi Icha yang sentiasa memberontak?
Tajuk : Kopi LadykuPenulis : Ainul HazrahHalaman : 609 muka suratHarga : RM25/RM28
P/S - Fully recommended by Lulu Caldina
.
4 Penyokong CHELSEA:
Waaa...Lulu dah racun akak....
buku yg dlm waiting list utk di baca. huhu
hehe..novel pun boleh buat kita menangis kan? kakpb tak dpt beli novel2, takut tak terbaca.
Hai Lulu,saya dah follow kamu..:)..
Post a Comment