Tuesday, May 21, 2013

Pentingnya Google Maps kepada kita


Seorang lelaki di China yang menggunakan perkhidmatan Google Maps berjaya menemui semula keluarganya selepas lebih 20 tahun terpisah. Luo Gang yang dilahirkan di sebuah pekan kecil di wilayah Sichuan terpisah dengan keluarganya selepas dia diculik ketika berusia lima tahun semasa dalam perjalanan ke tadika. Gang, 23, yang kini tinggal bersama keluarga angkatnya di wilayah Fujian selepas diculik, kira-kira 1,500 kilometer dari kampung asalnya, berjaya kembali ke tempat kelahirannya selepas menggunakan peta satelit untuk mengenal pasti kampungnya.

Gang berkata, meskipun keluarga angkatnya menyayanginya, dia dihantui dengan memori zaman kanak-kanaknya ketika berada di kampung halamannya. "Setiap hari sebelum tidur, saya akan paksa diri mengingati semula kehidupan di rumah lama saya supaya saya tidak melupakannya," katanya. Selepas memutuskan untuk mencari kampung halamannya, dia mengepos lakaran peta kampungnya berdasarkan apa yang diingatinya di laman web untuk mencari kanak-kanak hilang.

Dia kemudiannya dihubungi oleh seorang pengguna yang memaklumkan sepasang suami isteri dari pekan kecil di bandar Guangan, wilayah Sichuan, telah kehilangan anak lelaki pada masa sama Gang hilang. Melalui gambar di dalam talian yang dilihatnya, kawasan itu tidak asing baginya dan rasa syaknya disahkan ketika dia mencari lokasi itu di Google Maps. Selepas dia memfokus kawasan yang dikenali sebagai Yaojiaba itu dalam imej satelit, dia melihat dua jambatan yang masih jelas dalam ingatannya. Akhirnya pertemuan diaturkan dan dia menemui keluarganya semula. - AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

Rozita Ceritaita on May 21, 2013 at 4:41 PM said...

bagusnya...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!