Wednesday, May 15, 2013

Perkara yang memalukan ini terjadi kepada penyanyi Kanye West



BETAPA malunya penyanyi Kanye West apabila dia secara tidak sengaja terlanggar sebuah papan tanda di tepi jalan tidak jauh dari Beverly Hills. Dalam insiden itu kepala West telah terhantuk pada papan tanda tersebut semasa dia dan kekasihnya, Kim Kardashian sedang menuju ke sebuah restoran Vietnam yang dikenali sebagai 9021 Pho. Rupa-rupanya rapper berusia 35 tahun itu terlalu asyik berbincang dengan Kim sehingga dia tidak melihat papan jalan di depannya.


Menurut sumber, West telah mengeluarkan kata-kata kesat ekoran kejadian yang tidak disangka-sangka itu. "Kanye sempat berhenti seketika, dan kemalangan kecil itu telah membuatnya membebel. Namun, pada masa sama dia tidak sedar ada lensa kamera yang merakamkan kejadian tersebut. "Dia cuba mengejar paparazi yang mengambil gambarnya itu tetapi usahanya itu gagal," kata sumber itu. -AP





.

2 Penyokong CHELSEA:

Tengkubutang on May 16, 2013 at 8:53 AM said...

ha2.. payah jadi artis ni.. kalau kat mana2 jea ada jea paparazi nk snap gambo.. =P

Sue Bee on May 16, 2013 at 11:24 AM said...

patutnya papan tanda tu guna warna yang terang..ni kaler putih..haihh..kan kesian si kanye tuh dah terhantuk dah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!