Menginjakkan kaki untuk ke-723 kali di rumput Old Trafford, baru-baru ini, Sir Alex Ferguson mendapat hadiah istimewa di akhir perlawanannya bersama Manchester United. Jaringan Rio Ferdinand, tiga minit sebelum tamat masa perlawanan, memastikan pengurus ini mendapatkan hadiah sempurna, kerana pasukannya menang 2-1 ketika menentang Swansea City.
Gol Ferdinand, sekaligus yang pertama baginya setelah lima tahun, menjadi penentu setelah sebelumnya gol Javier Hernandez di minit ke-39. Sepanduk-sepanduk bernada sanjungan untuk Sir Alex Ferguson, menghiasi setiap sudut.
Sejak kedatangannya di tahun 1986, lelaki yang kini berusia 71 tahun itu sudah menerima 13 trofi Premier League dan dua gelaran juara Liga Champions, selain tentunya lima Piala FA, empat Piala Liga Inggris, sekali Piala Winners, sebiji Piala Super Eropah, Piala Interkontinental dan Piala FIFA Club World Club.
Dan wajarlah dia dianggap salah satu pengurus terbaik di dunia. Sebaik selesai perlawanan terakhirnya itu, lelaki berasal dari Scotland itu berterima kasih kerana diberi peluang membangunkan Manchester United, berkat sokongan peminat, pemain dan kumpulan pengurusan.
Ketika meraikan kemenangan bergaya kali ke 20 itu, Sir Alex diiringi oleh cucu-cucunya yang ternyata bangga dengan datuk mereka.
Selain Sir Alex, penghargaan juga diberi kepada Paul Scholes, yang turut sama bersara dari dunia bola sepak. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment