Thursday, June 20, 2013

11 gambar kebakaran besar di Kampung Datu, Sibu Sarawak


11 gambar kebakaran besar di Kampung Datu, Sibu Sarawak | Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah kayu milik mereka petang semalam.


Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah sebelum merebak ke rumah lain.


Bagaimanapun kebakaran yang turut mengakibatkan ruang udara di kawasan berdekatan dipenuhi kepulan asap hitam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.


Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi dan Penyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Hussin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.02 petang dan hanya melibatkan sebuah rumah kosong.


Katanya, bomba yang tiba lima minit kemudian di tempat kejadian mendapati api marak dengan cepat sehingga membakar 15 buah rumah lain.


"Bomba menerima panggilan daripada penduduk yang memberitahu terdapat sebuah rumah kosong jenis kayu terbakar sebelum api mula merebak ke rumah lain di situ.


"Seramai 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja'afar sedang mengawal keadaan daripada merebak," katanya.








Hussin berkata, sehingga pukul 7 petang semalam anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.


Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. -Utusan













P/S - Kredit gambar dari FB




.

4 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on June 20, 2013 at 9:59 AM said...

kesiannya...

Adi Zhaf on June 20, 2013 at 5:15 PM said...

ish ish ish

Unknown on June 21, 2013 at 12:02 AM said...

Menakutkan.

Unknown on June 22, 2013 at 2:41 AM said...

Assalamu'alaikum. dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

Tanggal 19 Jun 2013 telah berlaku satu kebakaran besar di kampung halaman ibu saya, Cikgu Hajrah Ibrahim (SKBB2), Kg Datu Lama, Sibu, Sarawak. Kejadian kebakaran ini telah memusnahkan hampir seluruh Kg Datu. Daripada makluman saudara mara yg menjadi mangsa, mereka hanya sempat menyelamatkan diri dan dokumen penting sahaja. Kini mereka hanya tinggal sehelai sepinggang, menumpang di rumah saudara mara yg lain. Sesungguhnya dugaan ini amatlah besar buat mangsa sekampung, tambahan menjelang bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Justeru, saya meminta jasa baik rakan-rakan Anak Muar terutamanya, sekiranya ada yang sudi menghulurkan bantuan PAKAIAN dan apa sahaja, anda boleh maklumkan kepada saya dgn PM SMS WhatsApp atau call 0176194733 atau 0192607987

Segala doa dan sumbangan, jutaan terima kasih diucapkan mewakili penduduk Kampung Datu Lama, Sibu Sarawak.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!