Thursday, June 20, 2013

Gambar keadaan jerebu di Singapura


Gambar keadaan jerebu di Singapura | Keadaan berjerebu meruncing di Singapura dengan Indeks Standard Pencemaran mencecah paras tidak sihat pada 170 pada 2 petang. Dalam pos di Facebooknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata: "Kami sedang memantau keadaan dari dekat dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Indonesia. "Kita semua terjejas oleh jerebu. Petani dan pemilik ladang di Sumatra sedang membakar tanaman mereka untuk membersihkan tanah semasa musim kering, dan malangnya angin meniup asap menghala ke Singapura.


"Menteri Vivian (Menteri bagi Alam Sekitar dan Sumber Air Dr Vivian Balakrishnan) dan Menteri Shanmugam (Menteri Luar dan Undang-undang K. Shanmugam) telah menghubungi rakan sejawatan mereka di Indonesia bagi menyatakan perhatian berat kita dan menawarkan bantuan untuk memadamkan kebakaran," kata Lee.


Sementara itu, perdana menteri menasihatkan rakyat Singapura supaya duduk di rumah, terutama kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mudah mendapat gangguan pernafasan. Jerebu asap dari kebakaran di Sumatra dibawa oleh angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, dan telah menjejas Singapura sejak 13 Jun lalu. Keadaan berjerebu ini dijangka berterusan selama beberapa hari lagi. - Bernama





.

4 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on June 20, 2013 at 10:15 AM said...

syukur di Tawau ndak ada

Nour Adieb on June 20, 2013 at 10:26 AM said...

uhhh, teroknyer

Nasarudin on June 20, 2013 at 2:00 PM said...

Makin teruk nampaknya jerebu. Tak tahu le bila nak selesai. Tiap2 tahun ade je jerebu ni.. Skg ni tempat saya semua sekolah dah diarah bercuti.

Encik Hairan on June 21, 2013 at 11:26 AM said...

sekarang dh nak merebak ke Shah Alam dah..nape tak nak buat benih hujan ye? Anyone?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!