Lulu memang sangat minat dengan hasil tulisan E-Man Sufi. Dan yang menariknya, watak-watak dalam setiap novelnya ada kaitan :).. Bagaikan membaca cerita yang bersambung tapi hakikatnya cerita utama yang berbeza, membuatkan pembaca terasa sangat familiar dengan setiap hasil tulisannya. Dan apa yang membanggakan, lulu dapat tahu, novel ketiga ini menjadi tarikan pembaca bukan melayu.. Hebat kan.. Ini adalah novel ketiga penulis, sebelum ini SUAMI YANG KU BENCI dan HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI..
Novel mengisahkan seorang lelaki bernama Jebat, yang memiliki sejarah hidup hitam, dan berbeza dengan watak utama novel umumnya, Jebat bukanlah seorang lelaki yang kacak. Dia ada parut dimuka dan badannya ada tatu besar. Mastura jatuh cinta dengan Jebat sehingga sanggup terjun kolam dan mogok makan. Sedar kekurangan diri dan perbezaan yang sangat besar diantara mereka, Jebat berusaha menjauhi Mastura namun, Mastura ni tanpa segan silu menunjukkan cintanya pada Jebat.
Nampaknya jodoh mereka kuat bila akhirnya impian Mastura untuk menjadi isteri abang Jebatnya berjaya. Namun disebalik itu, kemunculan sepupu-sepupu Jebat, Airen dan Tiger nampaknya menimbulkan banyak masalah. Dan kebahagian Jebat dan Mastura diuji dengan terdedahnya sejarah silam Jebat. Mungkin kah inilah masanya untuk dia menerima akibat segala perbuatan jahatnya dulu???
Tajuk : Bukan kerana aku tak cintaPenulis : E-Man SufiHalaman : 627 muka suratHarga : RM24/RM27
P/S - Fully recommended by Lulu Caldina
.
9 Penyokong CHELSEA:
ok...nama watak adalah sgt klasik!
The best kan lulu, dgn aku kau nya, dgn ganasnya tp sesekali hero mcm tu baru menarik nak baca
5 star untuk abg jebat, paling best e-man sufi ni tang makcik sari lah
@Nini D.. itu nama samaran jer, nama betulnya lagi lawa :)
@Tina Othman betul kakTin.. Makcik sarimah memang terbaek
tqvm lulu dh review novel ketiga akk :)
Hello. And Bye.
macam menarik je.. huhu fanatik novel gak skunk tngah bace suamiku tak romantik tapi autistik hihi
http://sheda-ucu.blogspot.com/2013/06/misiku-kuza-doktor-aaron-aziz-ke-airel.html
sgat suka dgn novel nie..falling in love..karya e-man sufi x penah mengecewakn..uwais dan jebat,,lelaki plhan satu malaya..:)
Sangat best! Leh beli n baca sinopsis kat http://novelmalay.blogspot.com
Post a Comment