Thursday, June 6, 2013

Awas, ijazah doktor falsafah (PHD) palsu


Polis India menyiasat sebuah universiti di India kerana disyaki mengeluarkan lebih 400 ijazah doktor falsafah (PhD) palsu dalam tempoh setahun, kata pihak berkuasa, semalam. Polis menahan empat pegawai kanan dari Universiti CMJ di negeri timur laut Meghalaya kerana disyaki memalsukan dan menipu manakala polis kini memburu canselor yang disyaki melarikan diri. “Kami tidak tahu di mana beliau, kerana beliau sering kali menukar lokasi,” kata pegawai kanan polis negeri, Sunil Kumar Jain kepada AFP. Universiti persendirian yang ditubuhkan pada 2009 di Shillong itu mengeluarkan 434 ijazah PhD sepanjang tahun pengajian 2012 dan 2013 walaupun ia adalah fakulti kecil.

Keadaan menimbulkan kecurigaan di kalangan pihak berkuasa tempatan yang kemudiannya membuat aduan polis. Satu ijazah PhD di Universiti CMJ mengambil masa dua hingga lima tahun dan bernilai sehingga 127,000 rupee (RM6,908) kata laman webnya. “Dengan niat baik, universiti terbabit dibenarkan untuk beroperasi tetapi disebabkan hal ini ia benar-benar memalukan,” kata Ketua Menteri Meghalaya, Mukul Sangma.


Masalah serius di India 

Pemalsuan pengiktirafan adalah satu masalah serius di India, disebabkan permintaan tinggi bagi kelayakan, rasuah dan peraturan yang lemah selain perkembangan sektor pendidikan yang drastik. Pada 2011, satu siri pemalsuan lesen juruterbang didedahkan manakala pada 2010 polis menahan ketua badan kebangsaan bertanggungjawab mengeluarkan sijil perubatan kerana disyaki menerima rasuah. The Times of India melaporkan kelmarin bahawa ijazah PhD dari CMJ dijual antara $4,000 (RM217) hingga $10,000 (RM543) dengan jumlah bayaran menentukan betapa cepat kelayakan itu akan dikeluarkan. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!