Inilah pengakuan dari Farah, pasangan khalwat pelakon Shah Jaszle mengenai kes khalwat mereka | Wanita yang ditangkap khalwat bersama pelakon Shahrizal Jaszle, 25, tidak akan menarik balik semua kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini. Wanita yang mahu dikenali sebagai Farah itu berkata, apa yang diperkatakannya sebelum ini adalah kebenaran dan hanya Shahrizal sahaja yang suka menafi. Menurut Farah, dia amat menyesal dengan apa yang terjadi dan menyedari kesilapan yang telah dilakukan, namun sedih apabila Shahrizal tidak berani mengaku kebenaran. "Saya tahu ramai yang memandang serong pada saya apabila tampil membuat pengakuan bahawa saya adalah pasangan khalwat dia. "Pengakuan itu bukan kerana saya bangga dengan apa yang berlaku tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran. Jika saya tidak tampil menceritakan perkara sebenar, entah apa lagi cerita yang tidak benar diuar-uarkan oleh dia (Shahrizal)," katanya.
Kata Farah, dia telahpun memohon maaf atas apa yang berlaku secara khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada keluarga Shahrizal dan Redzwani Puteri kerana tidak berkesempatan untuk bertemu. "Saya juga telah memohon maaf kepada keluarga dan amat berterima kasih kerana mereka tidak meminggirkan saya tetapi banyak memberi nasihat. "Apa yang saya kesalkan adalah sikap dia (Shahrizal) yang terus-terusan mencanangkan berita yang tidak benar. Bila bersemuka dan saya tanya dia tidak boleh jawab, tetapi apabila di hadapan wartawan, lain pula ceritanya," katanya terus terang. Jelas Farah, gara-gara pelakon drama bersiri Iman Nabila 'menyerang'nya di pejabat baru-baru ini, dia diarah berhenti kerja dalam tempoh 24 jam.
"Sekarang ini saya sangat tertekan dan sedih kerana kehilangan pekerjaan gara-gara dia. Mengikut perancangan awal, kami patut bertemu di tempat lain, tapi tiba-tiba dia datang dengan krew TV ke pejabat. "Saya sudah tidak ada punca pendapatan untuk membantu keluarga. Saya terpaksa mencari pekerjaan baharu. Walaupun kesal dengan apa yang berlaku namun saya bersyukur kerana tahu siapa dia sebenarnya," katanya. - Utusan
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment