Wednesday, June 26, 2013

Inilah sebab Rossa kembali buka tudung


Inilah sebab Rossa kembali buka tudung | Penyanyi terkenal dari seberang, Rossa, 34, yang telah bertudung setelah mengerjakan haji pada tahun lalu kini kembali mendedahkan rambutnya. Tindakan itu menyebabkan dia dikecam teruk oleh peminat serta daripada masyarakat. Rossa mengaku tindakannya itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif namun dia terpaksa berbuat sedemikian kerana mematuhi kontrak dan persetujuan yang telah dibuat sebelum dia bertudung. "Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

"Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga," katanya kepada Berita Harian. Walaupun kembali membuka tudung, Rossa berkata, dia tetap menjaga penampilannya supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah. "Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan."

4 Penyokong CHELSEA:

Unknown on June 26, 2013 at 4:57 PM said...

hm...pentingkan perjanjian lagi dari Allah s.w.t..hmm

Anisa Anuar on June 27, 2013 at 12:19 AM said...

larhhh...tak best la cengitu..kontrak punya punca..

kelubi on June 27, 2013 at 3:33 PM said...

Rezeki di tangan Allah...Tetapi perkara iman ni susah nak cakap. Didoakan semoga dia diberi kekuatan iman untuk kekal berubah kepada lebih baik.

Akmall Razlan on June 30, 2013 at 10:59 AM said...

iya lah.. kontrak tu beri rezeki.. bukan Allah SWT.. huhu..*sarcastic alert.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!