Friday, June 14, 2013

Kereta hilang 12 tahun lalu, kini ditemui


Kecekapan anggota polis yang bertugas di pos kawalan sempadan di Wang Kelian di sini berjaya menyelesaikan kes kecurian sebuah kereta yang dilapor hilang 12 tahun lalu di Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad berkata anggota berkenaan mengesan kereta jenis Proton Waja itu ketika kenderaan terbabit memasuki negara ini pada pukul 1.15 petang. Polis turut menahan sepasang suami isteri warga Thailand berusia 46 dan 41 tahun bagi membantu siasatan kes, katanya pada sidang media, di sini Khamis. Menurut Tengku Mohd Zailan, kereta itu dilapor hilang pada 21 Disember 2001, tiga bulan selepas dibeli oleh pemiliknya di Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati kereta itu dicuri dan dibawa ke Thailand sebelum dibeli pasangan suami isteri dari wilayah Pattani berkenaan untuk kegunaan keluarga. Mereka juga mempunyai dokumen pemilikan kenderaan yang dikeluarkan negara Thailand dan tidak tahu kereta itu dicuri, katanya. Menurutnya kes itu akan diserah kepada polis daerah Brickfields di ibu negara untuk siasatan lanjut. - Bernama





.

1 Penyokong CHELSEA:

kentor on September 1, 2013 at 3:33 PM said...

sememangya polis malaysia diiktiraf antara yang terbaik, tetapi apabila kes berlaku kepada diri saya sendiri saya menjadi kompius. ini kerana apabila report kereta isteri saya dibuat 2 tahun lalu berkaitan tipu jual, kereta tersebut masih tidak di balcklisted dan pihak jpj mengatakan tidak mendapat sebarang arahan dari polis utk menyenaraihitamkan kereta tersebut.bagaimana la cara kerja pegawai polis berkenan agaknya..???

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!