Sunday, June 23, 2013

Persiapan pelik sempena kedatangan bulan ramadan


Persiapan pelik sempena kedatangan bulan ramadan  | Tidak sampai sebulan lagi umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dan pelbagai persiapan telah dibuat untuk menjalani ibadah tersebut. Bentuk persiapan itu mungkin berbeza di antara kawasan dan bagi daerah Magelang di Jawa Tengah, mereka berkumpul untuk menyambut majlis 'Nyadran' bersempena dengan kedatangan Ramadan. 'Nyadran' merupakan tradisi berebut ketupat dan hasil tanaman yang disusun menjadi sebuah gunung. Majlis tersebut akan didahului dengan perarakan 'gunung ketupat' sejauh 300 meter dari Masjid At Taqwa sambil diiringi alunan rebana sehingga tiba di lokasi yang ditetapkan.

Kemudian sesi bacaan doa dan al-Quran diadakan sebelum penduduk Magelang boleh mula menjamah makanan dan berebut ketupat yang dikumpul. Selain itu, beberapa hidangan lain yang dibawa oleh penduduk setempat turut dihidangkan untuk dimakan beramai-ramai.

Ketua yang bertanggungjawab menganjurkan Nyadran, Istamal berkata, majlis sambutan itu merupakan tradisi turun-temurun yang dilaksanakan oleh penduduk kampung Malangan bagi menghormati guru agama, Kiai Selo Branti. "Menurut cerita orang dulu-dulu, ketupat dan sayur-sayuran merupakan makanan kegemaran Selo Branti. "Tujuan lain majlis Nyadran ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturahim antara penduduk kampung ini," jelasnya kepada pemprovjateng.com. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

minah sEmpooOT on June 23, 2013 at 11:18 PM said...

bgs jugak tradisi dieorg nie..i like!! ^_^

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!