Rafael Nadal menyambut hari jadi yang ke-27 dengan penuh bergaya apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis menewaskan pemain Jepun Kei Nishikori 6-4, 6-1, 6-2 sekali gus berada di landasan tepat untuk memburu kejuaraan kali kelapan di Roland Garros, malam tadi. Meraikan hari jadi saya di gelanggang utama di Paris adalah detik terindah buat saya, kata Nadal.
Bagaimanapun, saya akui saya beraksi lebih baik hari ini berbanding sebelum ini, kata pilihan ketiga itu. Turut mara ke suku akhir pemain nombor satu dunia Novak Djokovic. Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu terpaksa bergelut tewas set pertama sebelum bangkit menjinakkan cabaran Philipp Kohlschreiber 4-6, 6-3, 6-4, 6-4.
Pilihan ketiga kejohanan, Victoria Azarenka, 23, juga melangkah ke suku akhir hasil kemenangan mudah 6-3, 6-0 ke atas juara 2010 dari Itali, Francesca Schiavone. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment