Thursday, June 13, 2013

Selepas wanita tertua, kini giliran lelaki tertua pula


Warga Jepun, Jiroemon Kimura, yang diiktiraf Guinness World Records sebagai orang paling lama hidup di dunia dan juga lelaki paling tua, meninggal dunia semalam. Beliau berusia 116 tahun. Kimura dari Kyotango, Jepun dilahirkan pada 19 April 1897. Pihak berkuasa Kyotango berkata, Kimura menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital tempatan di mana beliau menjalani rawatan akibat pneumonia. Berusia 116 tahun Berdasarkan Guinness, Kimura adalah lelaki pertama dalam sejarah hidup sehingga usia 116 tahun. Kimura diisytihar lelaki paling tua pada 28 Disember 2012 ketika berusia 115 tahun, 253 hari memecah rekod yang dipegang Christian Mortensen, seorang imigran Denmark di Amerika Syarikat yang hidup mulai tahun 1882-1998.

Wanita ambil alih status Takhta orang paling lama hidup kini dipegang seorang warga Jepun lain, Misao Okawa, 115 dari Osaka. Okawa dilahirkan pada 5 Mac 1898 merupakan wanita paling lama hidup di dunia. “Kimura seorang yang luar biasa. “Sebagai satu-satunya lelaki yang pernah hidup selama 116 tahun dan lelaki paling tua di mana usianya diiktiraf sepenuhnya, beliau mempunyai satu tempat yang khusus dalam sejarah dunia,” kata ketua pengarang Guinness World Records, Craig Glenday. Pihak berkuasa Kyotango berkata, majlis pengebumian Kimura akan diadakan pada Jumaat. “Kimura akan sentiasa menjadi harta kepada bandar kami, negara kami dan dunia kita,” kata Datuk Bandar Yasushi Nakayama. - AP






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!