Seorang wanita Scotland mencipta 'keajaiban' tersendiri apabila melahirkan sepasang bayi perempuan kembar, kelahiran kembar ketiga bagi dirinya selepas dua kembar lelaki sebelum ini. Mengikut perkiraan doktor, kebarangkalian kelahiran kembar buat kali ketiga untuk berlaku adalah sekali dalam 500,000 kelahiran. Kelahiran bayi yang diberi nama Rowan dan Isla Rodger itu berlaku selang dua minit di Hospital Besar Southern di Glasgow minggu lalu, sekali gus pasangan kembar ketiga bagi pasangan Karen dan Colin Rodger. Pasangan dari Langbank, Renfrewshire itu sebelum ini dikurniakan dua pasangan kembar lelaki iaitu Lewis dan Kyle, 14, serta Finn dan Jude, yang kini berumur 12 tahun.
Karen, 41, seorang pensyarah tarian, pertama kali mengetahui dia sekali lagi mengandungkan kembar selepas menjalani ujian imbasan semasa kandungannya memasuki usia enam minggu. Namun, mereka hanya memutuskan untuk memeriksa jantina bayi mereka sejurus mereka tiba di hospital itu, minggu lalu. Katanya, dia yakin bahawa doktor berhak untuk berfikir tentang kandungan itu adalah prospek yang amat mustahil. "Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa saya akan melahirkan bayi kembar lagi, tetapi saya amat gembira,'' katanya. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment