Sunday, July 7, 2013

3 HATI - LIZA NUR, NURUL SYAHIDA, ZARA AMANI



Sebuah novel unik yang ditulis oleh 3 penulis terkenal (telah memiliki beberapa novel dibawah nama sendiri). 3 novel dan 3 cerita. Bunyinya seperti membaca cerpen dalam sebuah novel. Namun bila kita membacanya, ketiga-tiga cerita ini ada kaitannya.

Cerita pertama berkisah mengenai Lea yang kecewa kerana bakal suaminya, Imran tidak muncul di hari perkahwinan mereka. Dengan berpakaian pengantin dan tangisan, dia bergegas ke rumah lelaki itu untuk bertanyakan sebabnya. Di situ dia menemui Noah yang juga tinggal dalam rumah itu. Dihadapan Noah, Lea meluahkan segala-galanya. Mengenai cintanya yang sudah terjalin selama 7 tahun, dan musnah begitu sahaja. Mungkin sudah ditakdirkan. Sejak dari itu Noah menyimpan rasa untuk gadis bernama Lea Maisara itu. Namun bukan semudah itu bagi Noah meraih cinta Lea. Apatah lagi Imran sebenarnya sudah menjadi suami adik Noah, Riana. Dan Riana lah punca Imran enggan menikahi Lea. Apakah kesudahan mereka?

Cerita kedua pula mengisahkan mengenai Wulan yang menjadi 'bahan eksperimen' Neal yang sangat bijak menarik perhatiannya. Neal seolah-olah menduga perasaan Wulan. Mengajar Wulan jatuh cinta, dan kemudian hati Wulan kecewa. Namun Wulan memilih untuk membalas perbuatan Neal dengan cara yang paling aneh, dan akhirnya Neal pula jatuh hati dengan Wulan. Owh cerita ini sungguh menarik, dan rasanya lebih menarik jika dijadikan sebuah novel. Kisahnya berakhir berbeza dengan cerita novel biasa. Kerana walaupun mereka saling jatuh cinta, mereka tidak ditakdirkan untuk bersama.

Cerita ketiga mengisahkan Nini, gadis cekal dan meminati sukan lasak. Dia berpisah dengan kekasihnya yang sering meluahkan rasa tidak puas hati dengan minatnya itu. Kerana 'prihatin' dengan kesunyian Nini yang takde kekasih sekian lama, rakannya Palop mencadangkan Nini rapat dengan Achik. Dan Nini menggagahkan diri menjadi yang terindah di mata Achik. Lelaki itu terlalu sempurna di matanya. Dan, dia memberanikan diri meluahkan rasa hati, namun tiada tindak balas daripada Achik. 


Tajuk : 3 Hati
Penulis : Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani
Halaman : 740 muka surat
Harga : RM27.90/RM30.90





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 4, 2013 at 4:48 PM said...

hai lulu, salam perkenalan ya..

ada masa jom join segmen saya :)

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

kisah Si Dairy on July 5, 2013 at 1:37 PM said...

macam best novel nie...cover dia pun mnarik...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!