Friday, July 12, 2013

Gambar perkahwinan penyanyi Avril Lavigne yang serba hitam


Gambar perkahwinan penyanyi Avril Lavigne yang serba hitam | WARNA putih merupakan warna yang sering menjadi pilihan untuk pasangan pengantin sewaktu hari pernikahan mereka, tetapi ada juga segelintir daripada kita yang suka membuat kelainan dalam pemilihan warna pakaian. Namun penyanyi cantik Avril Lavigne ternyata melakukan keunikan yang tersendiri apabila memilih untuk mengenakan pakaian perkahwinan berwarna hitam, yang turut dipakai oleh pengantin lelaki, Chad Kroeger. Jelas Lavigne, dia memilih untuk mengenakan pakaian berwarna hitam kerana minatnya dan obses yang mendalam terhadap fesyen bertemakan gothik. "Peminat memang sudah mengetahui cita rasa saya dalam berfesyen, dan pastinya saya memilih untuk berpakaian sedemikian pada majlis perkahwinan saya adalah kerana minat yang mendalam.


"Selain itu, saya juga mahu melakukan kelainan berbanding majlis-majlis perkahwinan lain agar menjadi sesuatu yang hebat dan unik," katanya sewaktu ditemu ramah majalah Hello. Menurut sumber itu lagi, penyanyi yang popular menerusi lagu Complicated itu berharap majlis perkahwinannya akan menjadi suatu kenangan manis yang dapat dikenang sepanjang hayat bukan untuk dirinya sahaja, tetapi juga semua tetamu yang hadir. "Pastinya saya dan Chad akan mengenang detik ini sepanjang hidup kami, tetapi saya juga berharap setiap yang hadir akan mendapat memori indah daripada majlis kami," katanya penyanyi berusia 28 tahun itu lagi. -AP






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!