Wednesday, July 3, 2013

Jom kenali bapa penyanyi Ainan Tasneem


Jom kenali bapa penyanyi Ainan Tasneem | Bapa kepada bintang Youtube, Ainan Tasneem iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir memberitahu beliau tidak menyangka kata setuju yang diberikan pada anak gadisnya untuk menjadi artis rakaman MVM Production telah menjadikan Ainan semakin dikenali ramai seperti mana hari ini. Menurut Ridzuan yang juga merupakan pakar motivasi, beliau mengambil masa agak lama sebelum merestui anak ketiganya itu melibatkan diri dalam dunia nyanyi secara serius. Ini kerana beliau lebih suka melihat Ainan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Malaysia Perlis dalam bidang Kejuruteraan Bioproses sehingga tamat.

Namun fikiran Ridzuan berubah apabila menyedari Ainan menerima banyak tawaran selain pernah diundang untuk membuat persembahan di majlis kerabat diRaja. "Saya tahu dia memang suka menyanyi. Saya pun sebenarnya suka menyanyi. Tapi saya ambil masa lama juga untuk membenarkan dia menyanyi secara serius. Pada awalnya saya larang dia jadi penyanyi sebab biarlah dia tumpu pada pelajarannya. Saya terkejut bila video lagu ciptaan dia, Aku Suka Dia tersebar di YouTube. Saya dapat tahu perkara itu menerusi adiknya. Saya pernah gesa dia padamkan video tersebut.

"Tapi sejak itu macam-macam tawaran yang dia terima, hinggakan sebelum ini tujuh syarikat rakaman mahu melamar dia jadi artis rakaman mereka. Dia juga pernah diundang menyanyi di majlis Sultan-Sultan. Jadi itu yang membuatkan saya terfikir, dia ni akan jadi penyanyi juga akhirnya... "Akhirnya saya buat keputusan untuk benarkan dia menandatangani kontrak bersama MVM Production kerana syarikat ini yang pertama lamar anak saya. Tapi masa tu saya fikir, bila anak saya duduk di bawah naungan syarikat ini, anak saya tak akan ke mana. Tapi tak sangka, dengan strategi yang dirancang oleh MVM, rupanya anak saya boleh popular", cerita dengan nada berseloroh.

Dr Ridzuan di temui pada majlis pelancaran mini album Ainan Tasneem, Aku Suka Dia, bertempat di Hotel Royal, petang semalam. Begitu pun, demi menjaga nama baik keluarga, Ridzuan meletakkan beberapa syarat kepada Ainan sekiranya anaknya itu mahu terus mewarnai industri dunia hiburan tanah air. Sebagai seorang penyanyi yang berimej muslimah, Ainan perlu sentiasa menjaga tingkah lakunya malah bapanya mensyaratkan tidak boleh bergambar dengan lelaki. "Saya mahu dia jaga imejnya, sentiasa menjaga maruah diri dan berharap dia akan jadi ikon untuk semua remaja yang mana walaupun bergelar seorang pelajar dalam masa sama dia juga boleh dalam apa jua bidang yang diminati.


"Ya, saya juga tak benarkan dia bergambar berdua-duaan dengan lelaki. Kalau bergambar beramai-ramai tu tak mengapa", ujar beliau lagi. Dalam pada itu Ridzuan turut diminta mengulas mengenai gosip yang tersebar mengenai diri anaknya yang dikatakan asyik berkepit dengan teman lelaki sepanjang berada di kampus, "Saya kenal anak saya, dia seorang yang tidak sosial. Saya tak terkejut dengan gosip itu. Saya juga kenal teman lelaki anak saya. Itu hanyalah gosip biasa", jawabnya sambil diperhatikan Ainan yang di duduk di sisi bapanya itu. - mD





.

1 Penyokong CHELSEA:

rafizaabdrahman on July 4, 2013 at 8:26 AM said...

baru minggu lepas we'oll arrange teambuilding ngan Dr Ridzuan utk teambuilding staff...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!