Kegiatan aneh yang hanya ada dalam bulan ramadan | Ketibaan bulan Ramadan bertambah meriah apabila sekumpulan pemuzik sahur di sini semakin rancak membuat persediaan untuk membantu melicinkan ibadah puasa bagi umat Islam di kawasan ini. Dinamakan sebagai Sahur Patroli, kumpulan pemuzik yang terdiri daripada golongan remaja belasan tahun akan bermain pelbagai alat muzik mengelilingi kampung untuk mengejutkan penduduk kampung agar bersahur. Antara alatan muzik yang digunakan adalah gendang, paip besi, drum, buluh, botol dan piring bagi menghasilkan bunyian sebagai tanda masuknya waktu bersahur.
Meskipun menggunakan alatan yang sederhana, kumpulan Sahur Patroli masih mampu menghasilkan alunan muzik yang menghiburkan penduduk, sekali gus mengejutkan masyarakat Islam untuk bangun bersahur. Selain itu, golongan remaja terbabit turut menjalani latihan bagi menyertai festival muzik sahur yang diadakan setiap kali Ramadan menjelma. Malah pada tahun ini, Sahur Patroli berharap mereka mampu meraih gelaran juara. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment