Friday, July 19, 2013

Inilah sebabnya penyanyi Justin Bieber minta maaf dengan bekas presiden Amerika


Justin Bieber telah meminta maaf kepada Bill Clinton kerana mencaci bekas Presiden Amerika Syarikat itu dan menyembur gambarnya dengan cecair pembersih di dapur sebuah restoran di bandar raya New York, awal tahun ini. Pejabat Clinton pada Khamis memberitahu, penyanyi terkenal itu menelefon dan "beliau meminta maaf dan telah menawarkan untuk membantu Yayasan Clinton." Pejabat Clinton bagaimanapun enggan menyatakan keterangan terperinci permohonan maaf Bieber itu. Satu video yang disiarkan oleh TMZ.com menunjukkan Bieber, 19, membuang air kecil di dalam baldi pengelap dan melalui dapur restoran itu. Sebelum keluar, Bieber menyembur gambar Clinton dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap bekas presiden itu. Bieber dalam Tweeternya, yang mempunyai 41 juta pengikut, pada Rabu malam telah mengucapkan terima kasih kepada Clinton "kerana meluangkan masa untuk bercakap." - AP

1 Penyokong CHELSEA:

missshoji on July 19, 2013 at 7:00 PM said...

Makin tunjuk belang c nyah ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!