Friday, July 5, 2013

Kenapa Najib ucap tahniah kepada Obama?


Kenapa Najib ucap tahniah kepada Obama? | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Barack Obama dan rakyat Amerika Syarikat bersempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-237 negara itu. Beliau berkata Malaysia amat menghargai hubungan erat dan bermakna yang terjalin antra kedua-dua negara sejak lebih separuh abad lepas. "Kami komited untuk meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara di peringkat dua hala dan pelbagai hala, di samping meneroka bidang kerjasama baharu," kata Najib dalam perutusan kepada pemimpin Amerika Syarikat itu. Salinan teks ucap selamat beliau dihantar kepada Bernama. Perdana Menteri juga melahirkan harapan agar Malaysia dan Amerika Syarikat terus bekerjasama ke arah mencapai impian dan wawasan bersama mereka untuk mewujudkan dunia yang lebih sejahtera. - Bernama





.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

Tolong sebarkan mesej ini. Tolong jangan percaya dengan isi kandungan blog www.omghebat.blogspot.com . Itu semua fitnah!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!