Friday, July 5, 2013

Inilah punca sebenar Wayne Rooney ingin keluar dari Manchester United


Inilah punca sebenar Wayne Rooney ingin keluar dari Manchester United | PUNCA penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney ingin keluar daripada kelabnya adalah disebabkan oleh penyokong The Red Devil itu sendiri. Perkara ini didedahkan oleh bekas penolong pengurus United, Mike Phelan yang mengatakan tahap kesabaran Rooney sudah sampai ke kemuncaknya. “Permintaan pertama (pindah) boleh dikatakan kurang bijak namun untuk kali kedua, ia dilihat anda (Rooney) memang semahunya untuk bermain di luar.

“Saya tidak tahu mengapa tetapi kenapa mahu menjejaskan apa yang anda sudah peroleh di sini? Anda seorang pemain yang top dan bermain di kelab yang top,” katanya. Rooney pada pertama kalinya meminta keluar pada Oktober 2010 namun tetap dikekalkan dan sekali lagi membuat hajat yang sama sehingga mengundang kemarahan penyokong. -AP





.

2 Penyokong CHELSEA:

Bidadari on July 6, 2013 at 4:40 PM said...

Ala keluar jela rooney. Rasakan suasana kelab baru. Ni asyik tak dapat main je. Sekarang moyes ambil alih. Itu pun tak tahu nama rooney dapat masuk first 11 ke tak..

Aku pengembara on July 7, 2013 at 11:34 AM said...

Dengar cte Rooney nak pegi chelsea.. Alahaiii, kalau benda nie betul2 jadi, nampak gayanya admin blog nie jadi peminat Rooney la.. hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!