Tuesday, July 23, 2013

Lihat perbezaan restoran ini dengan restoran lain


Lihat perbezaan restoran ini dengan restoran lain | Kebanyakan orang merasakan makan di restoran merupakan satu acara sosial dan untuk makan seorang diri di sana merupakan satu pengalaman yang sangat kekok. Ia kerana mereka yang makan seorang diri mungkin dianggap teman mereka telah membatalkan pertemuan atau tidak mendapat meja yang menyediakan kerusi untuk seorang pelanggan sahaja, keadaan yang akan menjejaskan selera makan seseorang. Justeru, sebuah restoran di Denmark cuba memenuhi kehendak pelanggan yang selalu makan seorang dengan menyediakan meja untuk seorang sahaja. Restoran yang dikenali sebagai Eenmaal itu dibuka di Amsterdan sejak 27 Jun lalu dan menawarkan hidangan makanan kelas atasan untuk pelanggan yang makan seorang diri.


Idea membuka restoran itu adalah untuk memecahkan stigma berhubung makan seorang diri, selain mengetengahkan pandangan bahawa makanan yang sedap sebaik-baiknya dinikmati seorang diri. Pengarah Kreatif Eenmaal, Pjotr berkata, pihaknya mahu mencapai dua perkara dengan pengenalan restoran itu iaitu menarik kehadiran pelanggan dan pada masa sama memberi mereka satu pendapat untuk difikirkan. "Kami mahu menunjukkan makan seorang diri merupakan satu perkara yang baik," katanya. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!