Tuesday, July 23, 2013

Lukisan anime pada minuman anda


Lukisan anime pada minuman anda | Adakah anda peminat cerita anime dan kopi? Sekiranya ya, anda patut berasa kagum dengan rekaan buih pada kopi yang tidak pernah kita dengar. Lukisan minuman berkafein ini pastinya akan menjadi pilihan penggemar kopi dan anime setiap hari. Anime kegemaran anda "Sailor Mon dan Son Goku (Dragonball)" merupakan rekaan artistik yang dicipta oleh seorang barista Jepun, Sugi yang memulakan hobinya ini sejak setahun yang lalu. Dia hanya menggunakan pencungkil gigi, sirap coklat dan sirap koktail untuk menghasilkan ciptaan yang sangat realistik.

Apakah rahsia Sugi untuk menghasilkan ciptaan sempurna pada buih kopi? Baginya, untuk ketabahan dan cita-cita untuk menghasilkan sesuatu amat penting dalam menghasilkan karya seni yang sempurna. Jelas Sugi, lukisan pada kopi sama seperti melukis di atas kertas. Fokuskan kepada subjek dan lihat sejauh mana lukisan anda dapat pergi. Sekiranya ada melakukan kesalahan, cuba kaji kesilapan lukisan tersebut agar boleh memperbaikinya di masa akan datang.





.

1 Penyokong CHELSEA:

afifah on July 25, 2013 at 11:08 AM said...

all those little details. what a talented barista!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!